Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tesla Nevada_Hero_Desktop

Salah Satu Robot Di Kilang Tesla Dilaporkan Serang Juruteranya

Diterbitkan Disember 28, 2023 · Dikemas kini Disember 28, 2023 oleh ariff bukhari

Seorang jurutera Tesla dilaporkan mengalami kecederaan di tangan kiri selepas diserang oleh jentera robot yang rosak ketika sedang memprogram dua lagi jentera robot kilang Tesla yang gagal berfungsi.

Insiden itu dilaporkan telah berlaku pada tahun 2021 lalu.

Jurutera itu diserang oleh jentera robot yang diprogram untuk mengangkat dan memindahkan bahagian-bahagian kereta yang baharu diperbuat daripada aluminium di Gigafactory Texas Tesla berdekatan Austin.

Menurut laporan itu, jentera robot itu dilihat menekan jurutera itu dan menusuk kuku logamnya ke bahagian belakang dan lengan pekerja itu menyebabkan “luka dalam,” sehingga berlaku pendarahan.

Tetapi dia bernasib baik apabila seorang lagi pekerja menyedarai keadaan itu segera menekan butang henti kecemasan pada mesin tersebut.

Apa yang lebih membimbangkan ialah ini bukanlah kejadian pertama; menurut laporan yang difailkan dengan OSHA, satu daripada setiap 21 pekerja di Tesla’s Texas Gigafactory telah mengalami kecederaan sepanjang tahun lepas.

Pada 2017 dahulu, syarikat itu merekodkan 722 kecederaan, kira-kira dua kali sehari.

Tesla dikehendaki melaporkan semua kecederaan di kilangnya kepada kedua-dua negeri dan daerah untuk terus menerima pelepasan cukai.

Berkaitan

  • Syarikat Ini Boleh Tukarkan Kereta Anda Kepada EV Dalam 8 Jam Sahaja
  • EV Lebih Banyak Masalah Berbanding Kenderaan Petrol - Kajian
  • Mungkin Ini Adalah EV Paling Hodoh Di Dunia

Sumber: PCMag

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY