Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Saintis Sahkan, Satelit Starlink ‘Kebocoran’ Radiasi Gelombang Radio

Saintis Sahkan, Satelit Starlink ‘Kebocoran’ Radiasi Gelombang Radio

Diterbitkan Julai 11, 2023 · Dikemas kini Julai 12, 2023 oleh ariff bukhari

Berdasarkan kepada kajian terbaru yang dijalankan oleh sekumpulan saintis, perkakasan elektronik yang terdapat di dalam satelit Starlink SpaceX didapati ‘kebocoran’ gelombang radio frekuensi rendah yang tidak disengajakan yang boleh memberi kesan kepada keupayaan untuk melaksanakan astronomi.

Menurut seorang jurutera bernama Federico Di Vruno dari Balai Cerap SKA dan Kesatuan Astronomi Antarabangsa, dalam bengkel yang pernah diadakan sebelum ini mengenai teori Langit Gelap dan Tenang mengenai radiasi ini, pemerhatian mengesahkan bahasa kebocoran radiasi itu mengesahkan ia boleh diukur.

“Kajian ini merupakan usaha terkini untuk lebih memahami kesan buruj satelit terhadap astronomi radio,” Federico Di Vruno.

“Dengan LOFAR (LOw Frequency ARray), kami mengesan radiasi antara 110 dan 188 MHz daripada 47 daripada 68 satelit yang diperhatikan,” Cees Bassa, ahli astronomi dari ASTRON, Institut Astronomi Radio Belanda.

40 Satelit Starlink Terpaksa Dimusnahkan Akibat Terkesan Dengan Insiden Ribut Solar

Kebocoran radiasi elektronik yang tidak disengajakan itu tidak melanggar mana-mana peraturan kerana sekatan ketat ke atas peranti elektrik untuk mengawal gangguan elektromagnet di Bumi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Elektroteknik Antarabangsa tidak terpakai di angkasa.

Walau bagaimanapun, para penyelidik telah menghubungi SpaceX dan sedang mengusahakan cara untuk mengurangkan atau menghapuskan kebocoran yang tidak disengajakan ini.

Ini kerana, kesan satelit terhadap ruang angkasa menjadi semakin membimbangkan.

Pada masa ini, SpaceX mempunyai kira-kira 4,365 satelit internet kecil di orbit Bumi, dengan beribu-ribu lagi dirancang akan dilancarkan.

Malah bukan mereka sahaja satu-satunya syarikat yang mempunyai sateli di orbit Bumi. Antaranya adalah OneWeb yang mempunyai lebih daripada 600 buah satelit dengan Amazon pula merancang untuk melancarkan ribuan lagi satelit mereka bermula pada tahun 2024 nanti.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Sistem Tol MLFF Dijangka Dapat Dilaksanakan Pada 2025 - KKR
  • Pengurangan Harga Perkhidmatan Jalur Lebar Tetap Dijangka Selepas September - MCMC

Sumber: ScienceAlert

Imej utama: Global Meteor Network – Tindanan imej menunjukkan laluan satelit Starlink yang dirakam dalam satu malam pada tahun 2019 dahulu oleh kamera meteor GMN.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY