Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
norimaki synthesizer

Penyelidik Di Jepun Cipta Skrin Boleh Jilat Untuk Rasa Makanan Di Sebalik Paparan

Diterbitkan Mei 27, 2020 ยท Dikemas kini Disember 28, 2021 oleh Meor Hasyim

Menonton video makanan ASMR di YouTube sering kali mengecurkan air liur dan mungkin ada pengguna yang berharap jika boleh merasa makanan di sebalik skrin tersebut. Untuk anda yang mempunyai keinginan sebegini, mungkin pada masa hadapan ia bakal menjadi realiti.

Di Jepun, penyelidik Homei Miyashita telah mencipta sebuah skrin boleh jilat yang diberi nama Norimaki Synthesizer. Sebenarnya tujuan skrin ini dicipta adalah bertujuan uji kaji untuk mengkaji bagaimana mata/otak manusia boleh dimanipulasi untuk merasa/melihat sesuatu ‘objek’ yang tidak wujud.

Skrin ini menggunakan lima gel berbeza yang setiap satunya mempunyai rasa pahit, berasid, masin, manis, dan juga lazat. Dengan meningkatkan atau mengurangkan arus elektrik untuk setiap rasa tersebut, skrin tersebut boleh mencipta variasi rasa yang berbeza.

Norimaki Synthesizer is a Device That Lets You Actually Taste ...

Dalam kertas kajian Miyashita, konsep skrin ini adalah sama sepertimana 3 warna RGB yang berfungsi untuk mewarnakan skrin. Tambahannya, skrin ini berjaya memperdaya peserta uji kaji merasa makanan daripada gula-gula sehinggalah kepada sushi dengan hanya menjilatnya sahaja.

Sumber: Norimaki Synthesizer

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY