Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Saintis Bangunkan Bateri Baru, Tawar 4 Kali Ganda Kapasiti Bateri Litium-Ion

Saintis AS Jadikan Sisa Organik Sebagai Agen Penyimpanan Tenaga Dalam Bateri

Diterbitkan Januari 24, 2025 · Dikemas kini Januari 24, 2025 oleh ariff bukhari

Bateri dalam telefon, peranti, dan kereta bergantung pada logam seperti litium dan kobalt yang diperoleh melalui perlombongan intensif.

Dengan peningkatan kebergantungan pada sistem penyimpanan tenaga berasaskan bateri, beralih daripada penyelesaian berasaskan logam adalah penting untuk menyokong peralihan tenaga hijau.

Jadi, sekumpulan saintis dari UniversitI Northwestern, AS telah mengubah sisa organik industri, secara khususnya triphenylphosphine oxide (TPPO) dijadikan agen penyimpanan tenaga untuk bateri aliran redoks.

Ini adalah kali pertama molekul sisa digunakan dalam bateri jenis ini, yang sesuai untuk penyimpanan tenaga berskala besar.

“Kajian bateri secara biasanya dikuasai oleh jurutera dan saintis bahan, Ahli kimia sintetik boleh menyumbang dalam bidang ini dengan mereka bentuk molekul sisa organik menjadi molekul penyimpan tenaga. Penemuan kami menunjukkan potensi untuk mengubah sebatian sisa menjadi sumber yang bernilai, menawarkan laluan lestari untuk inovasi dalam teknologi bateri.” Ahli kimia merangkap penolong profesor di jabatan kimia di Kolej Seni dan Sains Weinberg Northwestern, Christian Malapit.

TPPO, yang dihasilkan dalam jumlah besar tetapi biasanya dibuang, kini boleh diubah melalui reaksi untuk menjadi molekul penyimpan tenaga yang stabil dan berkapasiti tinggi.

“Bukan sahaja molekul organik boleh digunakan, tetapi ia juga boleh mencapai ketumpatan tenaga dengan kestabilan yang tinggi – menghampir  pesaingnya yang berasaskan logam ” Emily Mahoney, calon Ph.D. di makmal Malapit dan pengarang pertama kertas kajian itu.

Bateri aliran redoks menggunakan reaksi kimia untuk menyimpan tenaga dalam elektrolit, menjadikannya pilihan yang lebih baik untuk penyimpanan tenaga grid berbanding bateri litium.

Dalam ujian mereka mendapati, bateri yang menggunakan molekul ini menunjukkan kestabilan luar biasa selepas 350 kitaran pengecasan dan penggunaan.

Saintis AS Jadikan Sisa Organik Sebagai Agen Penyimpanan Tenaga Dalam Bateri
Emily Mahoney, calon Ph.D. di makmal Malapit dan pengarang pertama kertas kajian, di Makmal Malapit.

Penemuan baru ini membuka jalan untuk menggunakan molekul sisa organik sebagai alternatif mampan kepada bateri logam, menawarkan potensi besar untuk inovasi teknologi tenaga.

Bateri organik yang boleh dicas semula, bebas daripada logam, mesra alam, dan kos efektif, dijangka akan menjadi alternatif kepada bateri ion litium, sekali gus akan dapat mengurangkan kebimbangan permintaan yang tinggi terhadap bateri litium-ion ekoran kepesatan populariti kenderaan elektrik di seluruh dunia.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • BYD Lancar Kapal Pengangkut Kereta Terbesar Di Dunia, Boleh Bawa 9,200 EV
  • Observatori Negara Langkawi Rakam Fenomena 'Planet Berbaris'

Sumber: Northwestern Now

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY