Syarikat usaha sama General Motors di China, SAIC-GM dan gergasi bateri CATL telah bersama-sama melancarkan bateri kenderaan elektrik (EV) pengecasan terpantas setakat ini.
2 Syarikat itu telah bersama-sama membangunkan bateri berdasarkan kimia litium besi fosfat (LFP) yang menyokong pengecasan ultra-pantas 6C, kata SAIC-GM, membolehkan kadar cas semula sehingga 200km dalam masa lima minit sahaja.
Pencapaian itu sekali gus menjadikannya sel bateri pengecasan terpantas di China.
C merujuk kepada pengganda pengecasan bateri, dan 6C bermaksud bahawa bateri secara teorinya boleh dicas sepenuhnya dalam satu perenam jam atau bersamaan 10 minit.

Bateri itu akan beroperasi mulai tahun depan pada seni bina bateri voltan tinggi kuasa-900 V Ultium.
SAIC-GM dalam satu kenyataan menjelaskan, bateri 6C menggunakan beberapa teknologi pengecasan pantas dalam bidang bateri untuk meningkatkan kecekapan tindak balas elektrokimia, meningkatkan kecekapan pengecasan dan menjamin prestasi bateri yang stabil.
Formulasi elektrolit baharu itu dikatakan dapat meningkatkan kekonduksian dan mengurangkan kelikatan elektrolit, meningkatkan desolvasi ion litium.
Tambahan lagi, menurut syarikat itu, platform ultium akan menerima peningkatan besar tahun depan, termasuk penggunaan seni bina voltan tinggi kuasi-900 V baharu, reka bentuk struktur CTP baharu dan teknologi penyejukan yang dipertingkatkan.
Bateri pengecasan terpantas terkini digunakan dalam industri EV China mempunyai pengganda cas 5.5C.
{suggest}
Sumber: CnEVPost