Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SAGE 3

SAGE, Komputer Termahal, Terberat Dan Terbesar Di Dunia Yang Pernah Dihasilkan Manusia

Diterbitkan Januari 10, 2022 · Dikemas kini Januari 10, 2022 oleh ariff bukhari

Amerika Syarikat (AS) sememangnya tidak asing dengan pembangunan komputer paling pantas di dunia.

Malah dalam dunia ketika ini, mereka memiliki sebanyak 4 komputer terpantas dari 10 buah sistem komputer paling pantas di dunia.

Walaupun Jepun masih memegang takhta sebagai negara yang memiliki komputer paling pantas di dunia menerusi Supercomputer Fugaku nya.

Tetapi AS masih memegang rekod sebagai negara yang pernah membangunkan komputer paling mahal di dunia.

Komputer yang dikenali sebagai Semi-Automatic Ground Environment atau singkatannya SAGE itu dianggarkan berharga antara USD4 bilion hingga USD12 bilion (harga tersebut adalah pada tahun 1964).

Sekaligus SAGE disenaraikan oleh Rekod Buku Guinnes sebagai komputer paling mahal di dunia sehingga kini.

SAGE, Komputer Termahal, Terberat Dan Terbesar Di Dunia Yang Pernah Dihasilkan Manusia
Komputer AN/FSQ-7 yang dibangun IBM merupakan nadi SAGE. Kredit: MIT.

SAGE dibangunkan AS untuk penyelidikan dan pembangunan mesin analisis data sistem radar pertahanan tentera udara negara tersebut.

Komputer itu telah dibangunkan oleh syarikat komputer terkemuka IBM dengan kerjasama MIT (Massachusetts Institute of Technology) dan RAND bagi sistem operasinya.

sage 2
Monitor sistem radar SAGE. Kredit: MITRE Corporation

SAGE mengambil masa selama 13 tahun untuk disiapkan di mana pembangunannya bermula dari tahun 1950 dan siap sepenuhnya dalam tahun 1963.

Sebelum dikenali sebagai SAGE, projek pembangunan komputer termahal ini pernah berubah beberapa kali iaitu dari Project Lincoln kepada Lincoln Transition System sebelum dikenali sebagai Semi-Automatic Ground Environment atau SAGE.

sage 1
Prototaip monitor radar udara yang digunakan dalam pusat arahan kawalan SAGE. Kredit: MITRE Corporation

Tidak sekadar paling mahal, SAGE juga merupakan komputer terbesar yang pernah dihasilkan IBM di mana saiznya adalah lebih daripada 20,000 kaki persegi (1858.06 meter persegi).

Malah SAGE juga merupakan komputer paling berat pernah dihasilkan iaitu seberat 250 tan (254,011.727 kg).

Sejak ia siap dibina, SAGE telah beroperasi selama lebih daripada 20 tahun.

Sumber: Guinness World Records, MIT Lincoln Laboratory

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY