Safari Sekat "Cookies" Pihak Ketiga Secara Default Melalui Kemaskini Terbaru

Melalui kiriman terbaru dari Webkit, Safari dalam macOS 10.15.4 serta iOS dan iPadOS 13.4 hadir dengan penambahbaikan kepada fungsi Intelligent Tracking Prevention (ITP) dimana ia membenarkan penyekatan cookies pihak ketiga sepenuhnya.

Safari sekat cookies

Cookies bagi sumber cross-site disekat secara default dalam versi terbaru Safari, dimana ia adalah penambahbaikan yang ketara untuk privasi. Ini bermakna, secara default tiada pengiklan atau laman sesawang yang boleh memperolehi dan menyimpan data anda.

Safari merupakan pelayar popular yang pertama menyekat sepenuhnya cookies pihak ketiga secara default. Dalam masa yang sama, pasukan Safari ingin membuka jalan kepada pelayar lain untuk melakukan perkara yang sama.

Pada masa ini, hanya Tor Browser yang mempunyai fungsi sekatan sepenuhnya secara default sebelum Safari, manakala pelayar Brave pula mempunyai beberapa pengecualian dalam sekatan yang dilakukan.

Oleh itu, Safari merancang untuk melaporkan pengalaman sekatan sepenuhnya cookies pihak ketiga kepada kumpulan privasi W3C dalam usaha untuk menggalakkan lebih banyak pelayar lain mengambil tindakan yang sama.

Sumber: WebKit