Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
RX 6800 Pamerkan Prestasi Cemerlang Dalam World of Warcraft: Shadowlands

RX 6800 Pamerkan Prestasi Cemerlang Dalam World of Warcraft: Shadowlands

Diterbitkan November 25, 2020 oleh Amsyar Latif

Blizzard Entertainment melancarkan pengembangan kelapan bagi siri permainan terkenal World of Warcraft: Shadowlands.

Malah, Blizzard juga bekerjasama dengan AMD untuk siri kad grafik baharunya dalam memberikan pengalaman menarik kepada pengguna.

Ini adalah termasuk ciriĀ raytracing pertama dalam siri kad grafik AMD Radeon RX 6800 dan prestasi yang lebih baik berbanding kad grafik terdahulu.

Sementara itu, permainan ini juga dibangunkan untuk memanfaatkan seni bina RDNA 2 dan dioptimumkan bagi kad grafik ini untuk pengalaman permainan sempurna.

RX 6800 Pamerkan Prestasi Cemerlang Dalam World of Warcraft: Shadowlands

Ciri DirectX Raytracing (DXR) akan berikan prestasi baik dan akan mengoptimumkan bayang-bayang lebih realistik dalam permainan ini.

RX 6800 Pamerkan Prestasi Cemerlang Dalam World of Warcraft: Shadowlands

Selain itu, ciri FidelityFX Ambient Occlusion pula bantu meningkatkan bentuk objek secara dinamik dan cekap berdasarkan pendedahannya kepada cahaya sekeliling.

Siri RX 6800 telah dilancarkan bulan lepas dan ia dijangkan akan hadir buat pasaran tempatan bermula 8 Disember ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY