Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AMD Memperkenalkan Siri Radeon RX 6000 Untuk Bersaing Dengan Siri RTX 30 Nvidia

AMD Memperkenalkan Siri Radeon RX 6000 Untuk Bersaing Dengan Siri RTX 30 Nvidia

Diterbitkan Oktober 29, 2020 oleh Meor Hasyim

Pada awal bulan ini, pihak AMD telah memperkenalkan siri CPU Ryzen 5000 terbaharu mereka. Kini mereka hadir pula dengan penawaran kad grafik siri RX Radeon 6000 baharu.

AMD Memperkenalkan Siri Radeon RX 6000 Untuk Bersaing Dengan Siri RTX 30 Nvidia

Melalui siri ini, ia hadir dengan seni bina AMD RDNA 2 yang terbaharu. Terdapat 3 model yang diperkenalkan iaitu Radeon RX 6800, Radeon RX 6800 XT, dan yang paling berkuasa Radeon RX 6900 XT.

AMD Memperkenalkan Siri Radeon RX 6000 Untuk Bersaing Dengan Siri RTX 30 Nvidia

Ketiga-tiga kad grafik ini menyasarkan permainan pada resolusi 1440p dan 4K dan menawarkan memori sehingga 16GB GDDR6.

Dari segi kuasa pemprosesan, kedua-dua RX 6900 XT dan RX 6800 XT  hadir dengan kelajuan sehingga 2250MHz, namun RX 6900 XT lebih berkuasa dengan 80 compute unit manakala RX 6800 XT pada 72 compute unit sahaja. RX 6800 pula menawarkan kelajuan sehingga 2105MHz dengan 60 compute unit sahaja.

Untuk harga jualan, RX 6800 dan RX 6800 XT masing-masing dijual pada harga $579  (~RM2,406) dan $649 (~RM2,697) bermula 18 November. RX 6900 XT yang lebih berkuasa pula dipasarkan pada harga $999 (~RM4,152) dan hanya boleh didapati bermula 8 Disember.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY