Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
RTM Boleh Buat Lebih Baik, Tapi Pilih Jalan Ini…

RTM Boleh Buat Lebih Baik, Tapi Pilih Jalan Ini…

Diterbitkan November 17, 2025 · Dikemas kini November 19, 2025 oleh ariff bukhari

Malaysia berbangga dengan industri animasi Malaysia yang berkembang pesat. Malah karya oleh studio-studio animasi Malaysia juga amat popular di rantau ASEAN sehingga peringkat antarabangsa.

Namun, malangnya apabila menonton klip video lagu ‘Cinta Negara, Selamanya’ seperti yang tular di media sosial , timbul persoalan tentang sejauh mana kita menghargai nilai bakat dan seni animasi tempatan.

Dari sudut teknikal, video tersebut memperlihatkan penggunaan gaya animasi yang ringkas tapi jelas sekali ia adalah hasil janaan AI.

Klip video AI ini mendedahkan kelemahan ketara pada aspek konsistensi watak dan naratif. Babak-babak pula boleh dikata sekadar tangkap muat dan asal boleh sahaja, tanpa ada naratif yang jelas.

Walaupun klip video ini cuba menonjolkan kemajuan teknologi, tapi naratifnya kosong, tiada jiwa.

RTM Boleh Buat Lebih Baik, Tapi Pilih Jalan Ini…
Klip video tersebut langsung tidak memaparkan rupa rakyat Malaysia. Sebaliknya, terlalu menyerupai rupa karya anime Jepun.

RTM yang merupakan sebuah agensi media rasmi kerajaan lebih memilih jalan mudah dengan menghasilkan video janaan AI yang secara terangan mengambil gaya animasi Jepun.

Walhal, Hayao Miyazaki legenda animasi dari Studio Ghibli Jepun sebelum ini dengan tegas menentang penggunaan AI generatif, terutamanya karya yang dihasilkan mengambil gaya animasi mereka.

Bayangkan jika karya animasi seperti Upin & Ipin atau BoBoiBoy diambil dan diubahsuai tanpa kebenaran. Apakah kita akan berdiam diri?

RTM Boleh Buat Lebih Baik, Tapi Pilih Jalan Ini…
Hanya dengan memakaikan songkok atau tudung, ia tidak menggambarkan watak itu Melayu sejati.

Walhal, studio animasi Malaysia yang bertapak bertahun-tahun lamanya sudah pun memiliki gaya lukisan tersendiri yang menonjolkan identiti Malaysia.

RTM sepatutnya mengambil peluang bekerjasama dengan studio tempatan untuk menghasilkan klip video ini.

Malah Malaysia memiliki ramai bakat tempatan dalam bidang animasi untuk menghasilkan klip video ini yang mampu dihasilkan jauh lebih baik dengan identiti Malaysia.

Apa yang dapat disimpulkan, lagu karya oleh Datuk Mokhzani Ismail yang dipersembahkan oleh Stacy bersama Orkestra RTM merupakan sebuah karya patriotik yang penuh semangat dan jiwa kebangsaan.

Tapi malangnya, ia diselubungi oleh klip video muziknya yang dicemuh dengan teruk oleh rakyat yang menontonnya kerana wajah negara asing yang lebih ditonjolkan. Gagal sama sekali menyampaikan semangat sebenar lagu tersebut.

Pengajarannya, dalam menonjolkan kecanggihan teknologi, jangan sampai mengabaikan jati diri negara yang sebenar.

Berkaitan

  • (Video) Pelajar UiTM Hasilkan 41 Karya Animasi Membanggakan
  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • Kebangkitan Robot Dan AI Fizikal: Sentuhan Manusia Masih Tiada Tandingan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026
  • Turki Sekat Media Sosial Ke Atas Remaja Bawah 15 Tahun November Ini
  • Penduduk Di India Bantah Projek Pusat Data Google, Bimbang Sumber Air Terjejas
  • Paris Dipilih Jadi Tuan Rumah Acara Permainan Video Pertarungan Terbesar Di Dunia
  • NASA Kongsi Lebih 800GB Data Artemis II - Termasuk 11,000 Foto Dan Video
  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
©2026 WISER.MY