https://twitter.com/ASUS_ROG/status/1531938614526955521?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1531938614526955521%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Ftimesofindia.indiatimes.com%2Fgadgets-news%2Fasus-confirms-launch-date-of-rog-phone-6%2Farticleshow%2F91947449.cms
Acara pelancaran global siri ROG Phone 6 ini akan diadakan secara maya di Taiwan. Di samping itu, acara ini akan disiarkan juga secara langsung di atas talian pada jam 5.30pm IST (~8.00pm waktu Malaysia) pada 5 Julai nanti.
Spesifikasi ROG Phone 6 (Tidak Rasmi)
Setakat ura-ura yang didengari, ROG Phone 6 merupakan peranti pertama yang dikuasakan Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1.
Selain itu, Asus ROG Phone 6 akan menggunakan panel skrin yang dihasilkan Samsung dan menyokong kadar segar semula 165Hz berbanding 144Hz pada ROG Phone 5.

Seperti ROG Phone 5, ROG Phone 6 dijangkakan datang dengan 3 variasi - ROG Phone 6, ROG Phone 6 Pro dan ROG Phone 6 Ultimate. Jangan risau kerana Asus tetap akan menawarkan cip Snapdragon 8+ Gen 1 untuk ketiga-tiga model tersebut.
Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1
Qualcomm menyatakan cip baharu Snapdragon 8+ Gen 1 ini menawarkan peningkatan prestasi CPU dan GPU sekurang-kurangnya 10% berbanding abangnya, Snapdragon 8 Gen 1.
Tambahan lagi, cip ini mampu memberikan 30% lebih efisien dalam penggunaan tenaga. Oleh itu, kita boleh jangkakan ROG Phone 6 mampu mengurangkan masalah bateri cepat habis dan meningkatkan prestasi penggunaan bateri.
Selain pelancaran ROG Phone 6, Asus akan melancarkan beberapa produk baharu seperti aksesori dan fon kepala gaming baharu dalam acara tersebut.
Sumber: digital trends, Times of India
Baca juga:
Berkaitan
- Apple A16 Bionic Didakwa Atasi Skor Prestasi Snapdragon 8 Gen 2
- FUP Pelan Pascabayar Tanpa Had Digi Dilihat Berkurang Kepada 600GB
- Xiaomi 12 Lite Rasmi, Swafoto Lebih Cantik Pada Harga Permulaan RM1,699
- Khas Buat 'Kipas Susah Mati', ROG Phone 6 Diablo Immortal Edition Dijual Pada Harga RM4999
- Semua Model Siri iPhone 15 Mungkin Akan Sokong Ciri Dynamic Island
- Canon EOS R6 Mark II Rasmi Di Malaysia, Harga Menandingi Ysuku V2
- GTA 6 - Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini
- RX 6950 XT Mungkin Akan Jadi GPU 'Mainstream' Paling Mahal
- Siri Asus ROG Phone 6D Dilancar, Dikuasakan Dimensity 9000+
- Phil Spencer: The Elder Scrolls 6 Akan Jadi Eksklusif Xbox