Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
robot catur

Robot Patahkan Jari Budak 7 Tahun Dalam Perlawanan Catur

Diterbitkan Julai 25, 2022 oleh Nadiah Ab

Dalam kejohanan di Moscow baru-baru ini, sebuah robot yang bermain catur telah mematahkan jari seorang budak lelaki berusia 7 tahun yang bertanding menentangnya.

Menurut pegawai Moscow Chess Federation (MCF), kanak-kanak itu meneruskan penyertaannya dalam acara itu setelah jarinya dibalut dengan plaster cast.

Bagaimanapun, pegawai MCF seolah mempersalahkan perserta kanak-kanak itu, mengatakan dia sepatutnya perlu memberi masa untuk robot itu bertindak, namun kanak-kanak itu tergesa-gesa lalu ditangkap oleh robot tersebut.

Jesus… A robot broke kid‘s finger at Chess Tournament in Moscow @elonmusk @MagnusCarlsen

There is no violence in chess, they said.

Come and play, they said. https://t.co/W7sgnxAFCi pic.twitter.com/OVBGCv2R9H

— Russian Market (@runews) July 21, 2022

Sergey Lazarev, presiden MCF berkata, mereka telah lama menyewa dan menggunakan robot tersebut dengan bantuan pakar.

Sewaktu kejadian, robot itu sedang bermain perlawanan catur menentang tiga peserta kanak-kanak sekaligus.

Pihak MCF turut mengatakan robot itu telah digunakan selama kira-kira 15 tahun dan ini merupakan kali pertama insiden seperti ini berlaku.

Sumber: The Guardian

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY