Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiao Zhan_Roborock Q Revo

Roborock Q Revo Dijual Pada Tanda Harga RM3799

Diterbitkan Jun 14, 2023 · Dikemas kini Jun 14, 2023 oleh Firdaus

Roborock, sebuah jemama yang menghasilkan peranti pintar robotik rumah telah melancarkan produk terbaru mereka – Roborock Q Revo.

Xiao Zhan_Roborock Q Revo

Roborock Q Revo adalah sebuah peranti vakum dan mop robotik AIO yang menggunakan sistem mop dwi-berpusing pertama Roborock dan dok bebas penyelenggaraan serba baharu.

Roborock Q Revo_lifestyle

Untuk pengetahuan anda, mop peranti ini menyokong kelajuan hingga 200 RPM dan mempunyai ciri pintar – mop ini akan terangkat secara automatik hingga 7mm yang membolehkan proses vakum dan mop dilakukan secara serentak.

Roborock Q Revo_product

Seusai proses pembersihan selesai, robot ini akan kembali ke doknya untuk melakukan fasa pengosongan, pengisian, pengeringan dan pengecasan secara kendiri.

Oleh itu, ia lebih memudahkan di mana anda tidak perlu risau akan proses pembersihan selepas itu. Selain itu, vakum robot ini mempunyai kemampuan penyedutan hingga 5,500Pa.

Berkaitan

  • Nothing Phone (2) Akan Dilancar 12 Julai
  • Ini 11 Peranti OPPO Yang Disahkan Bakal Terima Android 14
  • Assassin's Creed Codename Jade Merupakan 'Mobile Game'
  • Samsung Galaxy S23 FE Mungkin Dilancar Sebelum Galaxy Fold5 Dan Flip5
  • Aplikasi FUJIFILM XApp Dikemas Kini, Lebih Stabil Dan Banyak Ciri Baharu

Anda boleh mendapatkan Roborock Q Revo ini pada tanda harga RM3,799 yang tersedia di stor rasmi Roborock melalui platform Shopee dan Lazada.

Beli di Shopee: https://invl.io/cliwg6p

Beli di Lazada: https://invol.co/cliwg70

Sumber: Siaran Akhbar Roborock

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY