Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NothingPhone (2)_a

Nothing Phone (2) Akan Dilancar 12 Julai

Diterbitkan Jun 13, 2023 ยท Dikemas kini Jun 13, 2023 oleh Amalina Athman

Bulan lalu, CEO Nothing Carl Pei telah mengesahkan Phone (2) akan diperkenal pada bulan depan. Terbaharu, syarikat itu kini mengumumkan tarikh pelancaran Phone (2) dijadualkan berlangsung pada 12 Julai 2023.

Berkaitan

  • Nothing Phone (2) Sah Dijana Cip Snapdragon 8+ Gen 1
  • Nothing Phone (2) Sah Rasmi Julai Ini Dengan Bateri Sebesar 4700mAh

Menerusi Twitter, Nothing telah memuat naik video teaser Phone (2) dengan rekaan lampu glyph di belakang panel, seperti yang ditawarkan pada Phone 1.

Come to the bright side.

Meet Phone (2) on 11 July, 16:00 BST.

Join us for the official launch on https://t.co/pLWW07l8G7 pic.twitter.com/WoSw0gLJOx

— Nothing (@nothing) June 13, 2023

Setakat ini, Nothing Phone (2) telah disahkan akan menggunakan cip pemproses Snapdragon 8+ Gen 1 dan kapasiti bateri sebesar 4,700mAh. Selain itu, skrin Phone (2) 0.15-inci lebih besar berbanding Phone (1), bermakna ia akan mempunyai ukuran 6.7-inci.

Nothing turut menjanjikan kemas kini 3 tahun untuk versi Android dan 4 tahun keselamatan untuk Phone (2).

Menjelang pelancaran kelak, dijangka lebih banyak maklumat mengenainya akan didedahkan dari semasa ke semasa. Penstriman langsung boleh ditonton melalui laman web Nothing pada 12.00 tengah malam, 12 Julai 2023.

Sumber: Nothing

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY