Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Roblox Jamin Tingkat Keselamatan Melalui AI, Pemantauan Manusia – Hannah

Roblox Disaman Lagi Atas Dakwaan Eksploitasi Kanak-Kanak

Diterbitkan Februari 20, 2026 oleh ariff bukhari

Pegawai di Los Angeles pada Khamis berkata mereka menyaman platform dalam talian popular, Roblox, dengan mendakwa ia mendedahkan kanak-kanak kepada kandungan seksual, eksploitasi dan pemangsa dalam talian.

Dalam saman tersebut, Daerah Los Angeles menyatakan syarikat itu gagal melaksanakan pemantauan yang mencukupi dan sistem pengesahan umur yang digunakan tidak berfungsi dengan berkesan.

Tindakan undang-undang terhadap Roblox, yang menafikan dakwaan tersebut, merupakan usaha terbaharu untuk memastikan syarikat dalam talian bertanggungjawab atas amalan yang didakwa bersifat eksploitatif.

Ia berlaku ketika satu perbicaraan sedang berlangsung di bandar kedua terbesar Amerika Syarikat itu, di mana gergasi media sosial termasuk Facebook turut disaman atas dakwaan algoritma ketagihan mereka menyasarkan remaja bawah umur.

“Litigasi ini adalah tentang melindungi kanak-kanak daripada pemangsa dalam talian dan kandungan tidak sesuai,” kata Pengerusi Lembaga Penyelia Daerah Los Angeles, Hilda Solis.

“Roblox mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kanak-kanak selamat, tetapi sebaliknya ia membenarkan platformnya menjadi tempat di mana kanak-kanak boleh terdedah kepada grooming dan eksploitasi.”

Roblox memaklumkan ia mempunyai kira-kira 144 juta pengguna aktif setiap hari di seluruh dunia, dengan lebih 40 peratus daripadanya berumur di bawah 13 tahun.

Neraka pedofil

Pengguna boleh mencipta, berkongsi dan bermain pelbagai permainan serta pengalaman lain, bersembang antara satu sama lain dan menggunakan avatar yang boleh disesuaikan.

Walaupun percuma untuk digunakan, pemain boleh membeli mata wang maya bagi mendapatkan naik taraf tertentu.

Syarikat itu telah lama berdepan tuduhan bahawa ia tidak melakukan secukupnya untuk melindungi kanak-kanak daripada kandungan ganas dan seksual.

Laporan pada 2024 oleh Hindenburg Research menyifatkan platform itu sebagai “ruang neraka pedofil bertaraf X” yang mendedahkan kanak-kanak kepada grooming dan pornografi.

Bulan ini, kerajaan Australia berkata ia sedang mendapatkan pertemuan segera dengan syarikat berkenaan berhubung isu keselamatan kanak-kanak.

Saman yang difailkan pada Khamis itu mendakwa Roblox gagal memantau kandungan yang dijana pengguna dengan sewajarnya, menguatkuasakan sekatan umur, atau mendedahkan tahap sebenar bahan tidak sesuai serta risiko yang ditimbulkan oleh pemangsa seksual di platform tersebut.

“Ini bukan sekadar kelemahan kecil dalam aspek keselamatan. Ini tentang sebuah syarikat yang memberi pedofil alat berkuasa untuk memburu kanak-kanak yang tidak bersalah dan tidak menyedari risiko,” kata peguam Daerah Los Angeles, Dawyn R. Harrison.

“Trauma yang terhasil amat dahsyat, daripada grooming kepada eksploitasi sehingga serangan sebenar. Perkara ini mesti dihentikan.”

Dalam kenyataan kepada AFP, Roblox menolak dakwaan dalam saman tersebut dan menegaskan platform itu dibina dengan keselamatan sebagai teras utama.

“Kami mempunyai perlindungan canggih yang memantau platform kami terhadap kandungan dan komunikasi berbahaya, dan pengguna tidak boleh menghantar atau menerima imej melalui sembang, sekali gus mengelakkan salah satu peluang penyalahgunaan yang paling lazim berlaku di tempat lain dalam talian,” kata jurucakap syarikat itu.

Syarikat itu berkata ia mengambil tindakan pantas terhadap individu yang melanggar peraturan serta bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memastikan mereka dipertanggungjawabkan.

“Tiada garis penamat dalam usaha melindungi kanak-kanak, dan walaupun tiada sistem yang sempurna, komitmen kami terhadap keselamatan tidak pernah berakhir.”

– AFP.

Berkaitan

  • Roblox Disaman, Didakwa Jadi Ruang Pemangsa Seksual Kanak-Kanak
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Roblox Perkenal Semakan Umur Melalui Video 'Selfie'
  • Elak Beli Tablet Android Murah Ini, Dilapor Tersedia Pasang Perisian Hasad

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Perkenal 'HomeView' - Skrin Pintar 7-Inci, Dikuasakan Apple Intelligence Dengan Siri AI
  • Senarai Penuh Peranti OPPO, OnePlus Dan realme Yang Dijadual Terima Kemas Kini ColorOS 17
  • OPPO Kerjasama Dengan Manus, Bawakan Keupayaan AI Berasaskan Ejen Ke Telefon Pintar
  • TNB Sedang Teroka Potensi Tenaga Angin Di Sabah
  • MR D.I.Y. Perkenal 13 Perkakas Rumah Baharu, Harga Bermula RM27.90
  • OPPO Perkenal ColorOS 17 Secara Global - Bawa Ciri AI Baharu, Prestasi Lebih Lancar, Keselamatan Dipertingkatkan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM100
  • Kos DRAM Dan Storan SSD Kini Sumbang Hampir 40% Harga Sebuah PC
©2026 WISER.MY