PUBG: New State Untuk iOS Dan Android Diumum, Tampil Lebih Futuristik

Permainan mudah alih popular, PUBG hari ini mengumumkan sebuah permainan baharu dalam siri ini iaitu PUBG: New State.

Permainan baharu ini hadir dengan latar masa pada tahun 2051 yang mana ia tampil dengan lebih banyak ciri-ciri futuristik.

Antaranya ialah peta baharu yang dinamakan Troi, senjata dan kenderaan moden serta terdapat drone yang boleh digunakan.

Jika dilihat, ia mirip dengan permainan Call of Duty Black Ops 3 dan Black Ops 4.

https://twitter.com/PUBG_NEWSTATE/status/1364774401489608708?s=20

PUBG mengatakan permainan ini masih mengekalkan konsep yang sama pada versi asal. Cuma, ia ditambah baik bagi menjadikan permainan ini lebih menarik.



Apa yang menariknya, bunyi tembakan senjata permainan ini juga seakan Apex Legends yang mana Apex Legends Mobile turut dijangka hadir pada tahun ini.

PUBG: New State akan hadir untuk iOS dan Android dimana percubaan alfa akan tiba dalam masa terdekat.

Bagi pengguna Android, anda boleh membuat pra-daftar yang bermula hari ini.

Sumber: PUBG New State