Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Remaja 9 Kali Lebih Cenderung Mengguna e-Rokok Berbanding Orang Dewasa – WHO

Remaja 9 Kali Lebih Cenderung Mengguna e-Rokok Berbanding Orang Dewasa – WHO

Diterbitkan Oktober 8, 2025 · Dikemas kini Oktober 8, 2025 oleh ariff bukhari

Laporan WHO 2025 mendedahkan penggunaan rokok elektronik (e-rokok) meningkat mendadak sehingga ia mencetuskan ancaman kesihatan awam yang semakin membimbangkan.

Walaupun kadar merokok tradisional menurun secara global, industri tembakau kini beralih kepada produk nikotin baharu seperti vape dan tampalan nikotin.

“Kenaikan penggunaan dalam kalangan belia dapat dilihat daripada tinjauan, penyebaran produk di pasaran global dan pemasaran agresif termasuk kepada kanak-kanak dan remaja, mendorong WHO untuk mengeluarkan seruan untuk bertindak bagi mencegah pengambilan rokok elektronik dan menentang ketagihan nikotin” WHO.

Remaja 9 Kali Lebih Cenderung Mengguna e-Rokok Berbanding Orang Dewasa – WHO
Trend global keberadaan penggunaan tembakau di kalangan individu berumur 15 tahun ke atas, mengikut jantina, 2000–2030 (anggaran hingga 2024, ramalan hingga 2030)

WHO menganggarkan lebih 100 juta pengguna e-rokok di seluruh dunia, termasuk ssekitar 14.7 juta pengguna remaja yang berumur antara 13–15 tahun.

Dapatan itu hasil daripada data terkumpul dari 123 buah negara.

Ini menunjukkan betapa berkesannya pemasaran produk ini dalam menarik minat golongan muda.

Walaupun sering dipromosikan sebagai alternatif “pengurangan mudarat”, WHO menegaskan bahawa e-rokok bukanlah selamat.

Sebaliknya, ia memperkenalkan nikotin lebih awal kepada remaja, sekali gus berpotensi merosakkan kemajuan kawalan tembakau yang diusahakan selama beberapa dekad ini.

Remaja 9 Kali Lebih Cenderung Mengguna e-Rokok Berbanding Orang Dewasa – WHO
Kebiasaan penggunaan rokok elektronik semasa di kalangan dewasa berbanding remaja berumur 13–15 tahun di beberapa buah negara. Sumber: WHO.

Berdasarkan data daripada carta di atas melibatkan 63 buah negara, WHO menyimpulkan,

“Kadar kebiasaan dalam kalangan remaja berumur 13–15 tahun di 63 negara ini adalah secara purata sembilan kali ganda lebih tinggi berbanding kadar kebiasaan dalam kalangan orang dewasa, bermakna separuh daripada negara yang diperiksa mempunyai nisbah 9 kepada 1 atau nisbah yang lebih tinggi. Hanya enam negara didapati orang dewasa menggunakan e-rokok dengan kadar yang lebih tinggi berbanding remaaja berumur 13–15 tahun.”

Dalam laporan penuh mereka, WHO menyimpulkan bahawa e-rokok sedang mencetuskan gelombang baharu ketagihan nikotin yang sukar dikawal.

Malaysia perlu mengambil iktibar daripada laporan ini dengan memperketatkan pengawalan produk vape dan meningkatkan kesedaran awam. Tanpa tindakan tegas, kita berisiko melihat peningkatan ketagihan nikotin dalam kalangan generasi muda yang sepatutnya dilindungi.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Aplikasi Celcom Life Dan MyDigi Akan Ditamatkan Akhir Tahun Ini
  • Reka Bentuk Tahan Gempa Pelajar UTM Raih 2 Anugerah Antarabangsa

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY