Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme gt neo

Rekaan realme GT Neo Didedahkan, Inspirasi Dari Cyberpunk

Diterbitkan Mac 26, 2021 · Dikemas kini Mac 26, 2021 oleh Amsyar Latif

Seperti yang diketahui, realme GT Neo bakal diperkenalkan pada minggu hadapan yang mana hadir dengan rekaan baharu dan spesifikasi berbeza.

Kini, peranti tersebut telah pun diperlihatkan rekaannya dan ia tampil dengan rupa yang diinspirasikan daripada “Cyberpunk”.

realme gt neo poster

Namun, bukanlah sebuah kolaborasi di antara realme dan permainan Cyberpunk. Cumanya skema warna dan logo realme serta slogannya di dalam kotak.

Menurut realme, warna yang didedahkan ini dinamakan Final Fantasy dan panel belakangnya hadir dengan warna matte bagi memastikan tiada kotoran atau cap jari ditinggalkan.

Selain itu, realme GT Neo akan dimuatkan cip Dimensity 1200, tiga lensa dengan 64MP utama, skrin AMOLED dan mempunyai bicu audio 3.5mm.

realme gt neo cooling

Tambahan lagi, ia turut dilengkapi sistem penyejukan yang lebih baik. Sementara spesifikasi lain kita akan sama-sama lihat semasa pelancarannya pada 31 Mac ini.

Jika nak dibandingkan rekaan ini, nampaknya realme sudah mula menggunakan rekaan dengan warna futuristik kerana realme 8 juga sebegitu.

Sumber: gsmarena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY