realme 8 Dan realme 8 Pro Rasmi, Ini Adalah Spesifikasinya

Siri realme terbaru, iaitu realme 8 dan realme 8 Pro akhirnya rasmi dilancarkan. Serentak dengan ini, teknologi yang telah diperkenalkan awal Mac, kamera 108MP turut hadir bersama.

Seperti yang diketahui, tumpuan utama pada pelancaran ini sudah pasti adalah kameranya. Sensor kamera pada realme 8 Pro ini menggunakan Samsung ISOCELL HM2 yang mana memberikan kemampuan kamera terbaik dalam siri realme.

Kedua-dua telefon ini hadir dengan paparan yang sama, iaitu skrin bersaiz 6.4 inci Super AMOLED FHD+, kecerahan sehingga 1000 nits dan input sentuhan 180Hz.

Dari segi kamera, juga tampil dengan tetapan kuad kamera. Namun, varian Pro mempunyai 108MP utama sementara varian biasa 64MP. Ia dipadankan tiga lagi kamera - ultra lebar, ultra makro dan hitam putih. Manakala kamera swafoto pula 16MP.





Tambahan lagi, siri ini turut hadir dengan mod rakaman dual-view video dimana pengguna dapat merakam detik-detik menarik dengan menggunakan kamera hadapan dan belakang pada waktu yang sama.



Selesai dengan kamera, mari kita lihat perbezaan di antara varian Pro dan varian biasa.

realme 8 Pro


realme 8 Pro merupakan sebuah telefon dalam kelas pertengahan. Ia dikuasakan cip pemproses Snapdragon 720G yang dipadankan 6GB/8GB RAM serta 128GB storan dalaman.



Di dalam ia dimuatkan bateri berkapasiti 4500mAh dan menyokong pengecasan 50W SuperDart Charge yang mampu mengecas dari 0% hingga penuh dalam masa 47 minit.



Selain itu, realme 8 Pro juga adalah telefon realme pertama yang menggunakan realme UI 2.0 yang berasaskan Android 11 serta lebih kemas, pantas dan selamat.



realme 8 Pro ditawarkan dengan dua warna, iaitu Infinite Blue dan Infinite Black. Namun, keunikan telefon ini adalah mempunyai bahan Fluorescent pada panel belakang untuk menjadikan ia dapat bercahaya dalam keadaan gelap.

realme 8


Bagi realme 8, ia tampil sedikit berbeza berbanding varian Pro dimana cip pemproses menggunakan MediaTek Helio G95 yang digandingkan GPU Mali-G76. Konfigurasi memori adalah lebih banyak dengan RAM 4GB/6GB/8GB dan storan dalaman 128GB.



Telefon ini juga lebih nipis berbanding realme 7 dengan ketebalan hanya 7.99mm dan berat 177g. Akan tetapi, ia dilengkapi bateri sebesar 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas 30W.



Panel belakangnya berbeza dan tidak boleh bercahaya seperti mana yang ada pada varian Pro. realme mengatakan ia memberikan rekaan sedikit futuristik dan ditawarkan dalam dua warna - Cyber Silver dan Cyber Black.

Harga Jualan


Seperti biasa, realme 8 dan realme 8 Pro hanya ditawarkan untuk pasaran India dan Eropah sahaja buat masa sekarang. Mungkin ia akan tiba di Malaysia tidak lama lagi. Walau bagaimanapun, ini adalah harga jualan di India bagi siri realme 8.

realme 8 Pro:

  • 6GB+128GB - Rs 17,999 (~RM1024)

  • 8GB+128GB - Rs 19,999 (~RM1138)


realme 8:

  • 4GB+128GB - Rs 14,999 (~RM853)

  • 6GB+128GB - Rs 15,999 (~RM910)

  • 8GB+128GB - Rs 16,999 (~RM967)