Rekaan Baru Skype Dikritik Hebat Oleh Pengguna

Skype baru-baru ini telah membawakan kemaskini baru yang menampilkan rekaan baru dalam usaha untuk kekal relevan. Namun dilihat langkah yang diambil mereka ternyata satu kesilapan besar kerana ramai pengguna dan pengkritik memberikan komen yang agak pedas tentang rupa baru aplikasi tersebut.



Rating yang diterima daripada pengguna jatuh merudum selepas kemaskini terbaru ini. Di App Store Skype hanya memperoleh 1 setengah bintang sahaja, manakala di Google Play rating mereka kekal sama tetapi komen daripada pengguna jelas kelihatan ramai yang tidak menyukai pembaharuan yang dibawa.



 

Berdasarkan komen daripada pengguna, Skype seolah-olah meniru Snapchat dan kebanyakkan konfius dengan antaramuka baru yang tidak mesra pengguna. Contohnya, pengguna tidak lagi dapat menetapkan akaun mereka ke 'invisible' dan ada juga yang menghadapi kesukaran mencari butang 'Call' yang mana merupakan ciri paling utama mereka perluĀ titik beratkan.

Skype juga dilihat terpaksa mengikuti jejak aplikasi sosial lain dengan menambah ciri 'Stories' seperti WhatsApp, Instagram dan Facebook yang digelar 'Highlight'.

Sumber: App Store, Google PlayStore, thenextweb.com