Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Akan Menutup Pejabat Urusan Skype Di London

Microsoft Akan Menutup Pejabat Urusan Skype Di London

Diterbitkan September 18, 2016 ยท Dikemas kini Oktober 23, 2016 oleh Haikel Areff
Microsoft Akan Menutup Pejabat Urusan Skype Di London

Microsoft sedang merancang untuk menutup pejabat mereka di London dan akan memberhentikan sebanyak 400 orang pekerja menurut sumber dari Financial Time. Microsft juga telah mengesahkan laporan tersebut.

Skype akan masih mengekalkan pejabat urusan mereka di serata dunia termasuklah di Redmond, Palo Alto, Vancouver, dan beberapa lagi tempat di Eropah. Namun berita tentang penstrukturan syarikat tersebut adalah perlu dalam usaha untuk mengekalkan daya tahan syarikat.

Skype merupakan sebuah aplikasi video-chatting pertama di dunia dan kini mengalami kemerosotan pengguna di serata dunia dengan adanya keupayaan telefon pintar dengan beberapa aplikasi yang mempunyai fungsi yang sama.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY