Jadi hari ini, Xiaomi telah mengumumkan penambahan model Redmi Note 9 dan juga Redmi Note 9 Pro sebagai pelengkap kepada siri berkenaan. Model-model yang dilancarkan ini merupakan model asas (Redmi Note 9) dan juga model dengan spesifikasi tertinggi (Redmi Note 9 Pro) untuk siri Redmi Note 9.
Redmi Note 9
Redmi Note 9 hadir dengan paparan 6.53" Full HD+ IPS LCD dan juga cip pemprosesan MediaTek Helio G85. Terdapat 4 lensa dengan 48MP utama, 8MP sudut lebar, 2MP depth dan 2MP makro. Manakala untuk swafoto pula ia mempunyai sensor 13MP.
Peranti ini hadir dalam 2 varian memori iaitu 3GB/64GB dan 4GB/128GB. Kapasiti bateri adalah sebesar 5,020mAh dan serta dilengkapi pengecasan pantas 18W. Ciri-ciri lain yang terdapat pada peranti adalah pengimbas cap jari pada bahagian belakang, bicu audio 3.5mm dan pemancar IR.
Peranti ini dijual untuk pasaran Malaysia pada harga RM 649 untuk model 3GB/64GB dan RM 749 untuk 4GB/128GB. Pembelian peranti boleh didapati melalui Shopee bermula 18 Mei.
Untuk model 3GB/64GB anda boleh mendapat harga serendah RM 599 melalui jualan kilat pada tarikh tersebut. Model 4GB/128GB pula boleh dipra-tempah bermula 11-17 Mei dan bakal menerima Redmi Powerbank 10,000mAh secara percuma.
Redmi Note 9 Pro
Selaku abang sulung dalam siri Redmi Note 9 Pro, ia merupakan penawaran dengan spesifikasi tertinggi untuk siri Redmi Note 9. Namun begitu, spesifikasi utama peranti adalah hampir sama dengan Redmi Note 9S yang telah dilancarkan sebelum ini dengan hanya sedikit perbezaan sahaja.
Redmi Note 9 Pro hadir dengan paparan 6.67" Full HD panel IPS LCD. Ia dijana oleh cip Snapdragon 720G dengan padanan memori 6GB/128GB. Bateri pula bersaiz 5,020mAh menggunakan USB-C.
Apa yang berbeza untuk versi Pro ini adalah sistem kameranya dan pengecasan pantasnya. Peranti ini menggunakan tetapan 4 lensa dengan 64MP utama + 8MP sudut lebar + 5MP makro + 2MP depth. Kamera swafoto pula dipertingkatkan kepada 32MP berbanding 16MP pada Redmi Note 9S.
Untuk Redmi Note 9 Pro, ia menyokong pengecasan pantas jauh lebih pantas pada 33W. Antara ciri-ciri lain peranti adalah dimuatkan dengan pengimbas cap jari pada bahagian sisi dan juga pemancar IR.
Redmi Note 9 Pro dijual di Malaysia berharga RM 1,099. Pembelian peranti boleh didapati melalui Lazada dan pengedar sah bermula 18 Mei. Namun pengguna boleh membuat pra-tempahan bermula 11-17 Mei dan bakal menerima Redmi Powerbank 10,000mAh secara percuma.
Berkaitan
- Kemungkinan Akan Ada OnePlus Nord Lebih Mampu Milik Dengan Snapdragon 690
- Pengganti Nokia 9 Pureview Terpaksa Dilewatkan Kerana HMD Mahu Guna Cip Snapdragon 865 Terkini
- Redmi K30 Pro 5G, Sebuah Lagi Peranti Dengan Rekaan Kamera Mesin Basuh - Bakal Lancar 24 Mac Ini
- Ini Senarai Telefon Xiaomi Yang Bakal Dapat Kemaskini MIUI 12.5
- Redmi Airdots 2 Diperkenalkan Dengan Bluetooth 5.0, Harga Masih Lagi Berpatutan
- Telefon Boleh Lipat Dari Xiaomi Belum Lagi Boleh Diperkenalkan Pada Tahun Ini
- Samsung Galaxy Buds+ Dijual Di Malaysia Pada Harga RM599
- Surface Book 3 Kini Boleh Dipra-Tempah Berharga RM7788 Di Malaysia, Surface Go 2 Pula RM1955
- Komputer Riba Professional Dell Latitude Dengan Intel Core Gen-10 Dijual Bermula RM5,249 Di Malaysia
- vivo Jelaskan Mengapa X50 Pro+ Tidak Dilengkapi Dengan Kamera Gimbal Seperti X50 Pro