Ikuti kami di media sosial

Berita

Redmi Note 9 Akan Hadir Di Malaysia 23 Mac Ini Tetapi Ia Bukannya Model Pro Atau Pro Max

Avatar

Ditulis

pada

Baru sahaja lagi siri Redmi Note 9 telah dilancarkan di India dengan model Note 9 Pro dan Pro Max. Untuk pasaran Malaysia, pihak Xiaomi dilihat tidak menunggu lama untuk membawakan siri terbaru ini.

Akan tetapi, menurut imej poster yang dimuat naik oleh Xiaomi Malaysia, model yang akan dilancarkan nanti bukannya Note 9 Pro dan Pro Max. Sebaliknya model Redmi Note 9S. Sedikit janggal juga kerana ia merupakan penamaan baharu yang belum lagi diguna pakai dalam siri Redmi Note 9.

Iklan

 

Apa yang boleh dilihat dari imej tersebut, ia memaparkan peranti akan hadir dengan rekaan kuad kamera dibelakangnya. Ia juga menggunakan slogan dan hashtag berbeza. Jika pada siri Redmi Note 9 yang dilancarkan sebelum ini, pihak Redmi menggunakan slogan “Pro Cameras, Max Performance” untuk Redmi Note 9 Pro Max, manakala “The Performance Beast” untuk Redmi Note 9 Pro.

Tetapi untuk Redmi Note 9S ini, ia menggunakan slogan “Power To win” pula. Namun disebabkan tiada maklumat lain yang disertakan, ia masih belum jelas apakah spesifikasi peranti berkenaan sama ada ia merupakan siri Redmi Note 9 Pro/Pro Max dengan nama yang lain, ataupun peranti baharu keseluruhannya.

Untuk peranti Redmi Note 9 Pro dan Pro Max yang dilancarkan di India beberapa hari lepas, kedua-dua model adalah sama dari segi rekaan dan fungsi namun dibezakan dengan tetapan kamera, konfigurasi memori dan juga sokongan pengecasan pantas.

Sumber: Xiaomi Malaysia

Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular