Redmi Note 11S Dengan Kamera 108MP Akan Tiba 9 Februari Nanti

Jika tahun lepas Xiaomi telah melancarkan Redmi Note 11T di India atau penjenamaan semula Redmi Note 11 di China.

Syarikat itu kini mahu membawa sebuah lagi model dalam keluarga yang sama ke India iaitu Redmi Note 11S pada 9 Februari nanti.

Bersama-sama dengan itu, Xiaomi telah memuat naik poster pelancaran rasmi Redmi Note 11S di laman rasmi Xiaomi India.



Poster itu tidaklah mendedahkan secara spesifik apa yang bakal dibawa oleh Redmi Note 11S. Namun melihat kepada imej poster, secara keseluruhannya, telefon ini mungkin akan lebih memfokuskan kepada kamera, cip pemprosesan, dan juga pengecasan pantas.

Walaupun tiada spesifikasi kamera didedahkan, imej zum poster di laman rasmi memperlihatkan teks "108MP" bermakna kamera utamanya bakal disertakan sensor setinggi itu seiring dengan 3 lagi lensa tambahan.

Selain itu, dikatakan Redmi Note 11S ini akan mempunyai skrin AMOLED.

Walaupun Redmi Note 11S ini akan dilancarkan di India pada awal Februari ini, pasaran global sebaliknya akan menemui siri Redmi Note 11 terlebih dahulu yang bakal dilancarkan pada 26 Januari ini.

Sumber: Xiaomi India

Baca juga: