Redmi Note 10s Dan Redmi Note 10 5G Turut Diumumkan

Seperti diketahui, Xiaomi hari ini telah mengumumkan siri Redmi Note 10 yang merupakan peranti terbaru dalam kelas pertengahan. Selain Redmi Note 10 dan Redmi Note 10 Pro, Xiaomi turut mengumumkan dua lagi model iaitu Redmi Note 10s dan Redmi Note 10 5G.

Redmi Note 10S




Bagi Redmi Note 10S, peranti ini dilengkapi skrin berukuran 6.43-inci dengan panel AMOLED. Peranti ini hadir dengan janaan cip pemproses MediaTek Helio G95 dengan gandingan RAM (LPDDR4X) sehingga 8GB dan storan sehingga 128GB berasaskan UFS 2.2.



Di bahagian kamera, ia dilengkapi empat lensa dengan 64MP utama, 8MP sudut lebar, 2MP makro dan 2MP depth. Kamera swafoto pula dimuatkan dengan sensor 13MP.

Beralih ke bahagian bateri, Redmi Note 10S didatangkan dengan kapasiti 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W. Antara lainnya adalah sokongan pengimbas cap jari pada butang kuasa, NFC, IR Blaster, bicu audio 3.5mm dan dwi-SIM.



Redmi Note 10S hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Onyx Gray, Pebble White dan Ocean Blue.

Redmi Note 10 5G




Redmi Note 10 5G hadir dengan skrin AMOLED dengan saiz 6.5-inci yang juga menyokong kadar segar semula 90Hz. Terdapat paparan berlubang yang menempatkan kamera swafoto 8MP.

Menguasakan peranti adalah janaan cip pemproses MediaTek Dimensity 700 dengan proses 7nm yang juga menyokong rangkaian 5G. Untuk pilihan memori, ia didatangkan dengan RAM sehingga 4GB dan storan sehingga 128GB yang berasaskan UFS 2.2.



Peranti ini dilengkapi tetapan tiga kamera di bahagian belakang dengan 48MP utama, 2MP makro dan 2MP depth. 

Untuk bateri, Redmi Note 10 5G dimuatkan dengan kapasiti 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W. Antara lainnya adalah sokongan pengimbas cap jari pada butang kuasa, bicu audio 3.5mm, NFC, IR Blaster dan dwi-SIM 5G.



Redmi Note 10 5G ditawarkan dengan empat pilihan warna iaitu Chrome Silver, Graphite Gray, Nighttime Blue dan Aurora Green.

Harga Jualan


Berikut adalah harga jualan bagi Redmi Note 10s dan Redmi Note 10 5G.

Redmi Note 10S

  • 6GB+64GB - $229 (~RM929)

  • 6GB+128GB - $249 (~RM1010)

  • 8GB+128GB - $279 (~RM1132)


Redmi Note 10 5G

  • 4GB+64GB - $199 (~RM807)

  • 4GB+128GB - $229 (~RM929)


Buat masa ini, hanya model Redmi Note 10 dan Redmi Note 10 Pro yang akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia. Belum diketahui bila Redmi Note 10S dan Redmi Note 10 5G akan dibawa masuk untuk pasaran tempatan.