Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Redmi K50-07-2

Redmi K60 Dilaporkan Selesai Fasa Rekaan, Dimensity 8200 Mungkin Cip Pilihan

Diterbitkan November 4, 2022 ยท Dikemas kini November 5, 2022 oleh Firdaus

Redmi K60 dilaporkan sedang berada di fasa pengesahan dan dijangkakan hadir tidak lama lagi di pasaran China. Mengikut tipster terkenal Digital Chat Station, peranti itu akan dikuasakan cip Dimensity 8200.

Redmi K60 Dilaporkan Selesai Fasa Rekaan, Dimensity 8200 Mungkin Cip Pilihan

Selain itu, peranti ini juga dikhabarkan kekal dengan sensor kamera 48MP dengan sokongan ciri OIS. Tetapi tiada sebarang maklumat rasmi berkenaan saiz yang digunakan dek kerana sensor 48MP mempunyai banyak saiz dipasaran.

Xiaomi Redmi K60 is coming with new Dimensity 8200

Pembaca boleh jangkakan peranti ini hadir dengan paparan QHD+, bateri sebesar 5,500mAh dan sokongan pengecasan pantas 67W. Berkemungkinan besar peranti ini akan mempunyai ciri Dynamic Island seperti siri iPhone 14.

Berkaitan

  • WhatsApp Communities Kini Tersedia Untuk Semua Pengguna
  • Aplikasi Wi-Fi Google Terima Kemas Kini Terbaru, Lebih Info Wi-Fi Untuk Pengguna
  • Infinix Lancar Siri HOT 20 - 2 Model Diperkenalkan, Harga Bermula RM499
  • Jom Rebut Peranti 5G Dengan Hanya RM49 Menerusi 2 Pelan Pascabayar Maxis
  • Ura-Ura: Samsung Galaxy S23 Mungkin Dilancar Lebih Awal

Memandangkan nama K60 adalah untuk pasaran China, jadi berkemungkinan besar peranti ini akan masuk pasaran global dengan nama POCO F5.

Hal ini demikian kerana corak yang ditunjukkan peranti itu adalah seperti Redmi K40 ditukarkan kepada POCO F3, dan K50 menjadi POCO F4 untuk pasaran global.

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY