Rebut Peluang Miliki realme 2 Pro 128GB Pada Harga RM799 27 April Ini

Gedung beli belah Lazada akan mengadakan jualan peranti mudah alih "Lazada Mobile 1 Day Mega Offer" pada 27 April ini, di mana ia dijangka melibatkan pelbagai jenama telefon pintar.

Antara yang sudah pasti terlibat ialah jenama realme. realme Malaysia menawarkan beberapa tawaran menarik pada tarikh berkenaan termasuklah realme 2 Pro 8GB/128GB pada harga RM799(untuk 50 unit pertama sahaja).



Untuk unit ke-51 dan seterusnya, peranti tersebut akan dijual pada tanda harga RM899(harga asal RM999). Selain itu, orang ramai juga berpeluang mendapatkan model terbaru mereka, realme 3 dengan harga RM50 lebih murah iaitu pada RM549.

Antara tawaran lain yang disediakan oleh pihak realme pada jualan berkenaan ialah

  • realme C1 16GB  - RM399(harga asal RM449)

  • realme C1 32GB - RM429(RM449)

  • realme earbuds  - RM39


Jadi, bagi anda yang mahu mendapatkan peranti-peranti yang ditawarkan, kami nasihatkan anda tunggu terlebih dahulu dan dapatkannya pada "Lazada Mobile 1 Day Mega Offer" pada 27 April nanti.

Sumber: realme Malaysia