Lenovo Melancarkan Tablet Yoga A12 Alternatif Bajet Kepada Komputer Riba

Tahun lepas Lenovo hadir dengan Yoga Book iaitu sebuah peranti yang boleh diubah (2 dalam satu) menjadi sebuah komputer riba. Tahun ini Lenovo sekali lagi mengetengahkan konsep yang sama dengan melancarkan Yoga A12.

Tablet Yoga A12 ini dilihat sebagai alternatif kepada Yoga Book. Yoga A12 masih lagi memaparkan reka bentuk yang sama dengan Yoga Book sebelum ini tetapi dengan harga yang rendah. Apa yang menariknya tentang peranti 2-1 ini ialah, ianya mempunyai papan kekunci Halo dengan rekaan skrin sentuh.

29B_YOGABOOK_12INCH_Hero_Shot_option

Peranti ini juga boleh dilipat jika mahu digunakan sebagai tablet. Pengguna juga boleh menggunakan pen untuk menulis dengan meletakkan sekeping kertas di atas papan kekunci skrin sentuh. Peranti ini akan mengesan tulisan anda dan memaparkannya ke skrin tablet.

Lenovo-Yoga-Book-1472650571-0-0

Yoga A12 ini dijalankan dengan sistem operasi Android sahaja berbanding Yoga Book yang menawarkan pilihan sistem operasi Android atau Windows 10. Yoga A12 masih lagi menggunakan menggunakan Android 6.0.1.

Malangnya Yoga 12 dibina dengan cip pemproses Intel Atom x5 bersama RAM sebesar 2GB dan storan dalaman bersaiz 32GB. Dikhuatiri peranti ini akan susah menerima kemaskini sistem operasi terbaru dengan keupayaan perkakasan yang agak rendah ini.

Intel X5 rtelah diberhentikan pengeluarannya pada bulan may tahun lepas untuk memberi laluan kepada cip Celeron dan Pentium yang digelar sebagai Apollo Lake. Pembina tablet seperti Dell dan Microsoft juga masing-masing tidak lagi mengeluarkan peranti bersama cip Intel X5.

Yoga A12 mempunyai paparan skrin sentuh sebesar 12.2 inci dengan resolusi pada hanya 1200 x 800 pixel. Ianya bakal dijual dengan harga $299.99 (RM 1300).

Sumber: The Verge, PcWorld, The Tech Portal