Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme X7 Bakal Hadir Dengan Rekaan Meriah Seumpama Papan Tanda Bergerak

realme X7 Bakal Hadir Dengan Rekaan Meriah Seumpama Papan Tanda Bergerak

Diterbitkan Ogos 24, 2020 oleh Meor Hasyim

realme X7 merupakan telefon terkini dari realme yang bakal hadir dengan skrin AMOLED panel 120Hz.

Hari ini, kita mendapat tambahan maklumat mengenai telefon ini iaitu rekaan dan juga rupa bentuknya.

Rekaan telefon ini boleh dikatakan agak menonjol kerana ia hadir dengan slogan realme “DARE TO LEAP” yang agak besar di bahagian belakang telefon.

realme X7 Bakal Hadir Dengan Rekaan Meriah Seumpama Papan Tanda Bergerak

Selain itu, kemasan warnanya juga memberikan kelainan dengan menampilkan tiga warna gradien berbeza.

Menurut realme, rekaan sebegini adalah untuk membawakan keterampilan pelbagai budaya dan juga menyasarkan kepada golongan muda.

Selain rupa bentuk telefon, kita juga dapat melihat rekaan modul kamera yang memuatkan sebanyak 4 lensa pada bahagian belakang.

Spesifikasi realme X7 ini masih belum jelas buat masa ini, namun dilaporkan bakal hadir dengan paparan 6.55 inci Full HD+, cip Dimensity 1000+ RAM 8GB, dan storan dalaman 256GB.

realme X7 Bakal Hadir Dengan Rekaan Meriah Seumpama Papan Tanda Bergerak

Pelancaran telefon pintar realme X7 ini adalah pada 1 September 2020. Jadi, sama-sama kita nantikan apakah penawaran terbaharu realme melalui telefon terkini mereka ini.

Sumber: Weibo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY