Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot (257)

Realme X50 Pro 5G Dengan Pengecasan Pantas 65W SuperDart Akan Dilancarkan Secara Dalam Talian

Diterbitkan Februari 14, 2020 oleh Amalina Athman

Pada Disember tahun lalu, realme telah memfailkan tanda dagang bagi nama Dart dan SuperDart. Nama tersebut dipercayai merujuk kepada penyelesaian pengecasan baru bagi telefon pintar keluarannya. Kini, realme mengesahkan pengecasan pantas 65W SuperDart akan muncul pertama kali pada Realme X50 Pro 5G.

Realme X50 Pro 5G 65W SuperDart

Syarikat tersebut mendedahkan perkara itu melalui poster yang menunjukkan Realme X50 Pro 5G akan didatangkan dengan sokongan pengecasan pantas 65W SuperDart. Tidak disertakan anggaran masa pengecasan bagi telefon pintar tersebut.

Realme sepatutnya melancarkan X50 Pro 5G di MWC 2020 yang kini telah dibatalkan kerana kebimbangan penularan wabak Covid-19. Sebagai alternatif lain, syarikat itu telah mendedahkan X50 Pro 5G akan dilancarkan secara dalam talian pada 24 Februari depan.

Bagi spesifikasi, Realme X50 Pro 5G dikatakan mempunyai paparan Full HD+ dengan resolusi skrin 2400 x 1080 piksel, nisbah skrin 20:9 serta kadar penyegaran 120Hz. Tidak didedahkan dengan lebih lanjut mengenai kapasiti bateri, namun telefon pintar ini mungkin tidak akan kehabisan bateri kerana ia dapat diisi dalam beberapa minit dengan pengecasan pantas 65W SuperDart.

Telefon pintar ini juga akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 865 dan X55 5G. X50 Pro 5G akan mempunyai 12GB RAM LPDDR5 dan 256GB storan.

Acara pelancaran Realme X50 Pro 5G secara dalam talian akan bermula 4.30 petang waktu Malaysia pada 24 Februari. Sebelum versi Pro ini, realme sedia melancarkan peranti 5G pertama mereka yakni realme X50 5G pada awal Januari lalu. Ia menggunakan cip pertengahan, Snapdragon 765G.

Sumber: GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Lantik TM Bangunkan Projek Kabel Dasar Laut MADANI Bernilai RM2.7 Bilion
  • EV Kini Bantu Jimatkan 1.2 Juta Tong Minyak Global Sehari - Laporan
  • Apple Pay Kini Sokong Kad Public Bank
  • Cat 'Serap' Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global
  • HONOR Magic9 Pro Max Kini Boleh Ditempah Di Malaysia, Hadiah Bernilai RM5,006 Untuk Pembeli Awal
  • ChatGPT Kini Gantung Akses 24 Jam Jika Cuba Cari CSAM
  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Meningkatkan Jualan iPhone
  • GrabPay Bakal Tambah Sokongan DuitNow Transfer
©2026 WISER.MY