Ikuti kami di media sosial

Berita

Realme X2 Pro Kini Rasmi, Dijual Pada Harga RM2399

Helmi Samsuri

Ditulis

pada

realme x2 pro

Peranti idaman ramai kini rasmi di Malaysia

Baru setahun jagung bukanlah alasan bagi realme merendah diri dalam pasaran telefon pintar untuk bersaing dengan nama besar yang lain. Cukup popular dalam penawaran segmen pertengahan, jenama ini sudahpun mengorak langkah dengan memperkenalkan peranti flagship pertama mereka, realme X2 Pro.

Diperkenalkan terlebih dahulu untuk pasaran Eropah tempoh hari, kini giliran Malaysia pula menerima kedatangan peranti yang ditunggu-tunggu ramai ini. Diumumkan secara rasmi pada acara pengenalan yang berlangsung sebentar tadi, harga jualan yang ditetapkan adalah pada nilai RM2399.

Spesifikasi yang dibawa realme X2 Pro

Imbas kembali pada spesifikasi yang diberikan, peranti kelas atasan ini dilengkapkan dengan skrin Super AMOLED 6.5 inci. Sepertimana kebanyakkan peranti flagship yang diperkenalkan kebelakangan ini, realme turut menyediakan kadar penyegaran 90Hz yang menjanjikan pengalaman paparan kandungan lebih lancar. Memperkuatkan lagi pertaruhan realme adalah penggunaan cip pemproses berkuasa, Snapdragon 855 Plus yang akan digandingkan bersama padanan RAM 12GB dan storan 256GB.

-- Iklan --

Tidak cukup dengan itu, tetapan kuad kamera turut disediakan dengan barisan lensa 64MP+13MP+ 8MP+2MP. Sementara itu kamera hadapan mengguna pakai kamera 16MP yang ditempatkan pada takuk kecil pada paparan.

Menyempurnakan lagi penawaran berkuasa ini adalah ciri pengecasan pantas 50W SuperVOOC Flash Charge, digunakan untuk mengisi bateri berkapasiti 4000mAh. Dengan sokongan pengecasan sepantas ini, kapasiti bateri tersebut berupaya dipenuhkan sekitar 28 minit

Menyertakan ciri imbasan cap jari pada paparan dan bakal menjalankan sistem ColorOS 6.1, realme X2 Pro juga mempunyai sokongan pembesar suara stereo Dolby Atmos.

Tarikh jualan realme X2 Pro

Realme X2 Pro akan mula ditawarkan secara pra-tempah pada 5 Disember 2019 jam 12 malam (percuma realme buds Wireless, realme power bank dan realme bag pack), jualan istimewa offline pada 12 malam 7 Disember 2019 di DirectD Mega Store Petaling Jaya, serta jualan dalam talian Lazada bermula pada 12 Disember 2019 juga jam 12 malam. Terdapat dua warna yang akan ditawarkan iaitu Neptune Blue dan Lunar White.

Untuk mengetahui lanjut mengenai kemampuan peranti ini, ikuti ulasan bertulis dan video dari kami dalam masa terdekat.

 

Teruskan Bacaan
Advertisement
2 Comments

2 Comments

  1. Pingback: Realme X2 Pro Kini Rasmi, Dijual Pada Harga RM2399 - InScribe

  2. Pingback: Realme X2 Pro Master Edition Dengan Warna Merah Bata Turut Diumumkan - WISER.MY

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular