realme Watch S Bakal Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi

realme Watch telah hadir buat pasaran tempatan pada Jun yang lalu dan realme juga telah melancarkan realme Watch S di Pakistan pada awal November ini.

Terbaru, realme Malaysia telah mengacah produk baharunya melalui sebuah poster. Jika diteliti, tidak lain tidak bukan ia adalah realme Watch S.



Dengan mengacah sedikit rupa jam serta huruf 'S' pada gambar dan tulisan menguatkan lagi bahawa ia adalah realme Watch S.

realme Watch telah rasmi di beberapa pasaran luar negara termasuk Pakistan dan juga Eropah. Kini, peminat tempatan akan miliki jam pintar ini tidak lama lagi.



Buat masa sekarang, realme Malaysia masih belum menyatakan tarikh pelancaran bagi jam pintar ini serta spesifikasi yang ditawarkan.

Namun, ia pasti hadir dengan spesifikasi yang sama seperti di negara lain. Rekaannya berbeza daripada realme watch iaitu skrin berbentuk bulat berukuran 1.3 inci.



Kerangkanya diperbuat daripada aloi aluminium serta tali jam silicon. Bagi fungsi, ia dilengkapi pemantauan kadar degupan jantung, tidur dan oksigen dalam darah.

Selain itu, terdapat 16 mod sukan, penarafan IP68 dan bateri sebesar 390mAh dengan ketahanan sehingga 15 hari.

Sumber: realme Malaysia