Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Umum ColorOS 11 Dengan Pelbagai Ciri Baharu

OPPO Umum ColorOS 11 Dengan Pelbagai Ciri Baharu

Diterbitkan September 14, 2020 · Dikemas kini September 14, 2020 oleh Amalina Athman

Minggu lalu, Google telah melancarkan Android 11 secara rasmi. Hari ini, OPPO pula telah mengumumkan antaramuka ColorOS 11 berasaskan Android 11. Menggunakan konsep “Make Life Flow”, ia membawakan pelbagai ciri baharu.

ColorOS 11
OPPO Umum ColorOS 11 Dengan Pelbagai Ciri Baharu

 

Menerusi ColorOS 11, pengguna boleh menyesuaikan Always-On Display, tema dan wallpaper, jenis tulisan, ikon dan nada dering. Kemas kini ini turut menambahbaik Dark Mode dengan tiga skema warna dan tahap kontras yang boleh disesuaikan.

ColorOS 11

 

Selain itu, ColorOS 11 juga dilengkapi dengan ciri seperti 3-Finger Translate yang disokong oleh Google Lens. Ciri ini boleh diguna untuk menterjemahkan teks melalui tangkap layar yang diambil dengan gestur tiga-jari.

OPPO Umum ColorOS 11 Dengan Pelbagai Ciri Baharu

Menerusi FlexDrop, ia membolehkan pengguna untuk mengubah saiz aplikasi kepada tetingkap terapung atau lebih kecil dari mini-window. Pengguna boleh menonton video sambil melakukan aktiviti lain secara serentak.

OPPO Umum ColorOS 11 Dengan Pelbagai Ciri Baharu

Dengan Super Power Saving Mode, sehingga 6 aplikasi boleh dijalankan dalam situasi bateri yang rendah. Sementara, Battery Guard dapat mengelakkan kerosakan daripada pengecasan yang berpanjangan pada kuasa voltan yang tidak stabil.

ColorOS 11

ColorOS 11 turut memperkenalkan UI First 2.0, yang memberikan kelancaran penggunaan dimana ia meningkatkan penggunaan RAM sebanyak 45%, kadar tindak balas sebanyak 32% dan kecepatan bingkai sebanyak 17%.

ColorOS 11

Untuk tambahan, ColorOS juga menambahbaik perlindungan privasi dan keselamatn data. Melalui Private System3, ia merupakan sistem yang berasingan di mana aplikasi dan data versi kedua boleh ditetapkan dengan imbasan cap jari atau kata laluan yang berasingan.

Rollout timeline plan

Buat masa ini, versi Beta ColorOS 11 telah dilepaskan secara berperingkat bermula hari ini. OPPO Find X2, Find X2 Pro, Find X2 Pro Automobili Lamborghini Edition adalah antara terawal yang menerima kemas kini versi Beta ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Penyelidik Korea Selatan Dakwa, Straw Kertas Tidak Lebih Mesra Alam Berbanding Straw Plastik
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
©2026 WISER.MY