realme sudah pun melancarkan sebuah lagi model telefon pintar terbaru iaitu realme Narzo 30 pada pertengahan mei lalu.
Seperti semua tahu, siri Narzo adalah siri telefon pintar realme yang memfokuskan kepada permainan.
Ia dikuasakan oleh cip pemprosesan MediaTek Helio G95 (Octa-core CPU, 12nm, 2.05GHz) dengan grafik ARM Mali-G76.
Kapasiti RAM pula adalah sebanyak 6GB LPDDR4x dengan storan 128GB. Sementara paparannya pula menggunakan panel skrin IPS LCD dengan kadar segar 90Hz.
Sebenarnya, realme Narzo 30 ni tiada masalah untuk memberikan prestasi terbaiknya. Tapi yang membosankannya adalah realme telah berulang kali menggunakan cip yang sama pada barisan telefon pintar mereka.
Bagi mereka yang mengikuti rapat perkembangan model-model telefon pintar keluaran realme, siri cip MediaTek Helio G90 ini adalah tidak asing kepada telefon pintar realme.
Jadi sebolehnya, cukup-cukuplah dengan cip pemprosesan yang sama digunakan berulang kali pada model-model telefon mereka.
Baca juga: OPPO A74 5G – Peranti Untuk Gamers Yang Baru Nak ‘Up’
Secara keseluruhan, Narzo 30 adalah sebuah telefon pintar prestasi sederhana yang mampu memberikan kepuasan bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan pelbagai permainan telefon pintar.
Bermain permainan atas talian popular seperti PUBG dan Genshin Impact di atas Narzo 30 ni memang tiada isu. Tapi pada tetapan kualiti sederhana lah.
Kualiti gambar pula adalah sederhana daripada 3 kamera utamanya. Tetapi mungkin sudah memadai bagi mereka yang tidak kisahkan sangat tentang isu kualiti gambar. Sebagai contoh, antara kekurangan yang paling jelas pada kamera Narzo 30 ini adalah ia tidak dilengkapi dengan kamera ultra lebar.
Ketiadaan ciri itu mungkin sedikit merencatkan pengguna untuk memilih Narzo 30 yang mahukan sebuah telefon pintar yang dilengkapi dengan kamera ultar lebar.
Walau apa pun, ditawarkan pada harga RM799.00, kesimpulannya realme Narzo 30 adalah telefon pintar yang mampu milik dan memberikan prestasi memuaskan pada mereka yang mahukan sebuah telefon pintar berprestasi sederhana.