OPPO A74 5G - Peranti Untuk Gamers Yang Baru Nak 'Up'

Pada awal Mei lalu, OPPO telah pun melancarkan model terbaru telefon pintar bagi siri A mereka iaitu OPPO A74 versi 5G di pasaran tempatan.

Apa yang menarik dengan model A74 ini adalah ia merupakan model telefon pintar pertama yang dikuasakan oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 480 5G.

Walaubagaimanapun, siri cip tersebut sekaligus menyatakan bahawa ia berada dalam kategori telefon pintar permulaan.

Jadi, bagaimana dengan prestasi A74 ini? Adakah ia cukup berkuasa untuk anda khususnya bagi mereka yang memang pemain tegar permainan dalam talian tetapi mahukan sebuah peranti mampu milik?

Kelebihan utama OPPO A74 ini adalah pada cip pemprosesan SD480 5G terbarunya yang dilengkapi dengan kuasa grafik yang menyamai keupayaan dengan siri Snapdragon 750.

Jadi, untuk bermain permainan dalam talian atau sebarang judul permainan di atas OPPO A74 ini, memang tiada masalah untuk anda mainkan.

Kapsyen: A74 dilengkapi skrin LCD 2400 x 1080 (FHD+, 405 PPI) bersaiz 6.5 inci dengan kadar segar 90Hz yang memberikan nilai tambah kepada pengguna yang mahukan kualiti paparan terbaik.


Namun begitu terus terang penulis katakan, ia tidak sesuai bagi pemain tegar permainan dalam talian yang sudah berkategori "pro".

Ini kerana, untuk memainkan permainan dengan tetapan grafik tertinggi pada peranti ini adalah tidak releven sama sekali.

Walaupun cip SD480 5G nya cukup berkuasa, tetapi sebagai sebuah peranti permulaan, keupayaan OPPO A74 tetap ada had limitasinya.

Jadi, boleh disimpulkan bahawa OPPO A74 ini adalah peranti pilihan alternatif terbaik bagi budak-budak yang baru nak "up" bermain permainan dalam talian seperti judul permainan Mobile Legend, League Of Legend dan Call of Duty Mobile.

Malah, dengan keupayaan capaian 5G nya yang pantas, bermain permainan dalam talian di atas peranti ini bersama rakan-rakan lain adalah sangat lancar.

Kapsyen: Capaian 5G OPPO A74 menyokong muat turun dan muat naik data sehingga 2.1Gbps dan 245Mbps.


Secara keseluruhan, untuk sebuah telefon pintar yang berharga dari RM1,099.00, ia adalah kategori peranti permulaan mampu milik serta sesuai bagi semua peringkat umur .

Rekaan yang nipis, ringan serta kemasan binaannya memberikan anda rasa seakan memegang sebuah peranti premium.

Kapsyen: OPPO A74 turut dilengkapi dengan Quad kamera utama 48MP serta kamera swafoto 16MP.


Antara spesifikasi utama lain A74 ini adalah ia dilengkapi dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W, kapasiti memori RAM 6GB dan storan 128GB serta turut didatangkan lengkap dengan fon telinga.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut spesifikasi OPPO A74 ini, bolehlah layari laman rasmi OPPO Malaysia.

OPPO A74 ditawarkan dalam 2 warna menarik iaitu Fluid Black dan Space Silver. Ia sudah pun boleh dibeli di semua stor sah OPPO di seluruh Malaysia serta di stor rasmi OPPO di platfom Shopee dan Lazada.

https://www.youtube.com/watch?v=PZggI3Y1nx0&t=261s