Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Visual – Dual-flagship Strategy

realme Umum Strategi Dwi-Andalan, Dua Telefon Berbeza Fungsi

Diterbitkan Februari 24, 2021 oleh Amsyar Latif

Selain pra-tonton telefon andalan baharu realme GT, mereka juga mengumumkan strategi dwi-andalan semasa acara Mobile World Congress, Shanghai (MWCS).

Melalui strategi baharu ini, realme menyatakan mereka akan memfokuskan dua telefon andalan yang berbeza fungsi.

Fungsi yang dimaksudkan ini adalah satu telefon andalan yang memfokuskan prestasi dan satu lagi memfokuskan kamera.

Ini bermakna, realme selepas ini tampil dengan sebuah telefon yang dikuasakan Snapdragon 8xx serta berprestasi tinggi.

Visual – Qualcomm Snapdragon 888 5G

Sementara sebuah lagi telefon yang menggunakan cip MediaTek Dimensity tetapi dilengkapi teknologi kamera lebih baik.

Dengan ini, peminat realme mempunyai pilihan sama ada mereka mahukan telefon hanya untuk prestasi atau untuk kegunaan fotografi.

Namun, teknologi kamera apa yang akan digunakan realme masih menjadi tanda tanya.

Visual – Stainless Steel VC Cooling System

Dalam pada itu, realme GT yang akan dilancarkan minggu hadapan turut hadir dengan sistem penyejukan Stainless Steel VC Cooling bagi memastikan telefon sejuk di samping mengekalkan prestasi.

Sumber: Siaran Akhbar realme

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY