Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme gt neo 3 (4)

realme GT Neo 3 Rasmi Untuk RM1,799 Bagi Masa Terhad

Diterbitkan Jun 15, 2022 · Dikemas kini Jun 24, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

realme GT Neo 3 dilancarkan secara rasmi di Malaysia sebentar tadi.

Ia dijana cip MediaTek Dimensity 8100 dengan RAM dan storan 6GB + 128GB. Ia menggunakan storan UFS 3.1 dan LPDDR5.

Bagi paparan, model ini hadir dengan skrin jenis AMOLED bersaiz 6.7 inci, Corning Gorilla Glass 5 dengan kadar segar maksimum 120Hz dan sokongan HDR10+.

Ia juga merupakan telefon realme pertama dilengkapkan dengan dedicated display processor dan cip pemproses imej oleh MediaTek.

Tiga lensa di belakang terdiri daripada sensor 50MP utama (Sony IMX 766), 8MP ultralebar dan 2MP makro. Kegunaan swafoto pula akan memanfaatkan lensa 18MP di hadapan.

realme gt neo 3 (2)

Selain itu, GT Neo 3 ini dilengkapkan bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan 80W.

Stainless Steel Vapor Coiling kini meliputi kawasan lebih 7% berbanding sebelum ini.

Dynamic Base Station Switching dan HyperSmart Antenna Switching memastikan telefon sentiasa mendapat liputan rangkaian daripada pencawang terdekat.

realme gt neo 3 (3)

Telefon ini juga menyokong rangkaian 5G.

Menurut realme, ia mempunyai kitaran caj sehingga 1600 berbanding 800 kitaran pada kebanyakan telefon di pasaran.

Datang dengan 2 pilihan warna putih+hitam dan biru+putih, ia dijual pada harga RM2,099.

Namun, untuk 12-17 Jun ini, pelanggan boleh mendapatkannya pada harga RM1,799 di Lazada.

Klik di SINI untuk belinya di Lazada pada harga promosi

Baca juga:

  • realme GT 2 Pro Warna Hijau Sudah Dijual Di Malaysia
  • (Ulasan) realme 9 Pro+ Free Fire Edition – Tak Susah Nak ‘Booyah’
  • Buang Segera 19 Aplikasi Android Ini Dari Peranti, Joker Bersembunyi Di Dalam

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY