realme C3 Akan Dilancarkan 3 Mac Ini Pada Pasaran Tempatan

"realme C3 adalah telefon pintar pertama yang menggunakan cip pemprosesan MediaTek Helio G70. Telefon pintar ini juga merupakan salah satu model yang paling dinanti-nantikan yang menggunakan UI realme yang baru diperkenalkan dengan perisian Android 10. Peranti ini akan menjadi satu lagi produk lompatan ke hadapan dan kami berharap rakyat Malaysia akan menyukainya dengan fungsi kamera, permainan mudah alih atau media sosial. realme C3 dibina untuk memberi anda pengalaman telefon pintar yang pantas dan licin. " kata Tiffany Teh, Pengurus Jenama realme Malaysia.

realme Malaysia hari ini mengumumkan akan mengadakan pelancaran bagi peranti terbaru mereka iaitu realme C3. Pelancaran tersebut akan dilakukan secara maya menerusi laman rasmi Facebook dan Youtube realme sendiri pada 3 Mac ini jam 2.30 petang.

realme C3

 

realme C3 dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Helio G70 dengan proses 12nm yang memfokuskan gaming untuk peranti bajet. Peranti ini merupakan yang pertama menggunakan cip berkenaan. Ia dihadirkan dengan skrin bersaiz 6.5 inci dan dimuatkan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh.

Bagi pengguna yang berminat untuk menyaksikan, anda boleh menonton di laman rasmi Facebook tau Youtube mereka. Bagi jualan dalam talian, anda boleh dapatkan realme C3 secara eksklusif pada 3 Mac ini jam 6 petang di platform Shopee.