Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme C3

realme C3 Habis Dijual Dalam Masa 12 Minit

Diterbitkan Mac 4, 2020 ยท Dikemas kini Mac 4, 2020 oleh Syifa' Syakinah

Semalam merupakan pelancaran bagi telefon pintar siri C dari realme iaitu realme C3. Jualan dalam talian bagi peranti tersebut dibuka pada jam 6 petang semalam dan habis dijual dalam masa 12 minit sahaja. Ini merupakan satu pencapaian yang besar bagi realme dalam keluaran peranti gaming bajet.

Selain itu, realme juga mengumumkan mereka melanjutkan tambahan jaminan sehingga 6 bulan kepada pelanggan yang membeli realme C3 pada jualan pertama dalam talian. Tambahan yang asalnya adalah selama satu tahun.

realme C3

realme C3 menggunakan cip pemprosesan MediaTek Helio G70 dan skrin bersaiz 6.5 inci. Peranti ini hadir dengan memori 3GB dan ruang penyimpanan storan 32GB. Terdapat 3 lensa di kamera bahagian belakang iaitu 12MP utama, 2MP makro dan 2MP depth. Kamera hadapan pula didatangkan dengan 5MP.

Bagi anda yang terlepas untuk mendapatkan peranti ini pada jualan dalam talian yang diadakan pada hari semalam, jangan risau kerana bermula 7 Mac ini anda juga boleh dapatkan di kedai-kedai realme dengan dua pilihan warna iaitu Blazing Red dan Frozen Blue. Jualan luar talian ini juga akan mendapat jaminan tambahan selama 6 bulan dan terhad kepada pelanggan yang membeli pada hari pertama.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY