Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme C25s Malaysia

realme C25s Juga Dilancarkan Buat Pasaran Tempatan

Diterbitkan Mei 27, 2021 oleh Amsyar Latif

Selain kehadiran realme 8 5G buat pasaran Malaysia, realme C25s turut dilancarkan. Kali terakhir kita lihat siri-C ini adalah pada bulan Mac yang lalu menerusi C21.

Berbalik pada realme C25s, ia dilihat hampir sama spesifikasinya dengan realme C25 yang diperkenalkan di Indonesia.

Baca juga – realme C25 Rasmi Dilancarkan, Dilengkapi Cip Helio G70 Dan Bateri 6000mAh

Jika C25 menggunakan MediaTek Helio G70, C25s dikuasakan MediaTek Helio G85. Ia dipadankan pula dengan memori 4GB dan storan dalaman 128GB.

Selain itu, bekalan kuasa sebesar 6000mAh dengan sokongan pengecasan 18W. Turut dilengkapi skrin berukuran 6.5 inci LCD beresolusi HD+.

Akhir sekali, bahagian kameranya juga tidak ubah seperti realme C25. Terdapat 3 tetapan kamera belakang dengan 48MP utama, 2MP B&W dan 2MP makro. Manakala kamera swafoto beresolusi 8MP.

realme c25s

Harga jualannya adalah RM699 yang akan dijual melalui syarikat-syarikat telekomunikasi. Meskipun begitu, tarikh ketersediaannya akan diumumkan nanti.

Baca juga – realme Perluas Ekosistem Dengan Umum Sub-Jenama DIZO

Sumber: realme

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY