realme C11 Hanya Serendah RM399 - Penawaran Sehingga 31 Ogos Ini

realme Malaysia kini sedang menawarkan promosi khas sempena Hari Kemerdekaan untuk telefon kelas permulaan mereka iaitu realme C11.

Kedua-dua varian realme C11 ini mendapat potongan di mana realme C11 2GB/32GB akan ditawarkan pada RM399 manakala C11 dengan 3GB/32GB pula pada RM449.



Untuk yang berminat, anda boleh mendapatkan kedua-dua telefon ini dengan harga tersebut bermula pada hari ini sehingga 31 Ogos sahaja.


Pembelian telefon boleh dilakukan melalui Shopee, Lazada, dan juga secara kedai fizikal di seluruh Malaysia.

Imbas kembali, realme C11 merupakan model paling mampu milik yang ditawarkan realme. Ia dijana cip Helio G35, skrin 6.5 inci HD+ serta berkapasiti besar 5,000mAh. Terdapat 2 kamera belakang dengan 13MP utama dan 2MP depth, serta swafoto 5MP.