Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme buds air malaysia

realme Buds Air Rasmi Untuk Pasaran Malaysia – Fon Telinga TWS Berharga RM299

Diterbitkan Januari 14, 2020 ยท Dikemas kini Januari 14, 2020 oleh Meor Hasyim

Jika anda mengikuti saluran YouTube, anda pasti pernah melihat fon telinga ini. realme Buds Air merupakan fon telinga True Wireless System (TWS) pertama dari realme dan hari ini ia dilancarkan secara rasmi di Malaysia bersama-sama realme 5i.

e-LKM MyJPJ 3

Yang paling menarik mengenai fon telinga ini adalah ia mempunyai mod gaming di mana latensi sambungan akan berkurang sehingga 51%. Ia juga mempunyai cip khas R1 dan boleh disambungkan kepada peranti lain menggunakan Bluetooth 5.0.

realme buds air malaysia

realme Buds Air ini boleh bertahan sehingga 3 jam dan boleh menjangkau 17 jam dengan penggunaan bersama kerangka. Ia juga menyokong pengecasan tanpa wayar, LED untuk status pengecasan/sambungan, serta USB–C untuk pengecasan berwayar.

realme buds air malaysia

Terdapat 3 warna untuk fon telinga ini. Namun buat masa ini hanya warna putih sahaja yang tersedia dengan warna kuning dan hitam akan dijual pada masa akan datang.realme buds air malaysia

realme Buds Air berharga RM299 secara rasmi di Malaysia. Akan tetapi anda boleh mendapatkannya dengan harga lebih rendarh pada RM199 pada jualan dalam talian Shopee pada 21 Januari ini. Jualan ini hanya pada satu hari sahaja jadi siapa cepat dialah yang dapat.

Anda boleh lihat ulasan kami pada video di bawah ini jika mahu melihat fungsi-fungsi menarik yang terdapat padanya.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY