Ia merupakan satu pencapaian yang besar untuk realme Malaysia, kerana jualan ini lebih tinggi berbanding aksesori yang lain. Realme Buds Air juga diiktiraf sebagai Best-selling True Wireless Stereo (TWS) dan juga jualan tertinggi bagi TWS pada platform Shopee.
"Kami sudah menganggap bahawa Realme Buds Air akan menjadi perhatian, apabila kami mengumumkan harga promosi Tahun Baru Cina dengan harga RM199 pada hari jualan pertama berbanding harga asal RM299. Walau bagaimanapun, untuk penghabisan jualan bagi kesemua stok dalam masa kurang daripada setengah jam kami benar tidak menyangka'', kata Pengurus Jenama realme Malaysia, Tiffany Teh.
Realme Buds Air ini mempunyai cip khas R1 dan boleh disambungkan kepada peranti lain menggunakan Bluetooth 5.0. Ia juga boleh bertahan sehingga 3 jam dan boleh menjangkau 17 jam dengan penggunaan bersama kerangka. Selain itu, ia juga menyokong pengecasan tanpa wayar, LED untuk status pengecasan/sambungan, serta USB-C untuk pengecasan berwayar.
Model ini menyokong operasi sentuhan pintar dan menyediakan kawalan pintar untuk menjawab atau menamatkan panggilan, menukar muzik yang sedang dimainkan dan banyak lagi. Dari segi reka bentuk, realme Buds Air mempunyai reka bentuk ear canal yang sangat sesuai dengan telinga pengguna.
Berkaitan
- JVC Memory Foam Earbuds
- Oppo Tubuhkan Pusat Hub Asia Pasifik Di Malaysia
- Perbandingan realme Buds Air vs Samsung Galaxy Buds
- Xiaomi Malaysia Tawarkan Potongan Harga Sehingga 32% Sempena Ulang Tahun Ke-8 Lazada
- StarHub dan U Mobile Malaysia Akan Bekerjasama Dalam Menjalankan Ujian Perayauan 5G SA
- Vivo Malaysia Menawarkan Promosi Istimewa Buat Rakyat Malaysia
- Canon Menawarkan ImageCLASS Printer, PIXMA Siri G Printer dan Wireless Presenters Di Malaysia
- Dapatkan Tawaran Hebat Dari Vivo Malaysia Bersama Urban Republic
- Maxis Dan Microsoft Mempercepatkan Penggunaan Penyelesaian Digital Inovatif Bagi Perniagaan Di Malaysia
- Dapatkan Cecair Pembersih Tangan Secara Percuma Dari Vivo Malaysia Pada Ahad Ini