Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme buds air 2

realme Buds Air 2 Akan Dilancar Buat Pasaran Tempatan Pada 25 Mac

Diterbitkan Mac 22, 2021 oleh Amsyar Latif

Sejak membuat penampilan pertama pada Disember 2019, realme Buds Air 2 dengan spesifikasi dinaik taraf pula akan menggantikan model terdahulu.

Fon telinga ini telah pun dilancarkan di India pada Februari lalu dan kini ia akan tiba buat pasaran tempatan pada 25 Mac ini.

Rekaannnya masih hampir sama dengan pendahulunya. Sementara, dari segi penawaran spesifikasi, ia dilengkapi cip R2 dimana realme mendakwa jangka hayat bateri dipertingkatkan sebanyak 80% dan pengurangan latensi 35%.

realme buds air 2

Selain hadir dengan pemacu 10mm dengan lapisanĀ Diamond-like CarbonĀ (DLC), realme turut memperkenalkan mod Bass Boost+ baharu yang dibangunkan dengan kerjasama Chainsmokers.

Tambahan lagi, realme Buds Air 2 kini menyokong pembatalan hingar aktif (ANC) dan dapat mengurangkan bunyi bising sehingga 25dB. Ia juga ditambah dengan sokongan pembatalan hingar persekitaran (ENC).

Antara ciri lain adalah kawalan sentuhan, dwi-mikrofon, sokongan Smart Wear, Bluetooth 5.2 serta penarafan IPX5.

Jika di India, fon telinga ini dijual pada harga sekitar ~RM184. Berkemungkinan di Malaysia turut dipasarkan dalam lingkungan harga tersebut.

Sumber: realme Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Dron Pengisi Minyak Di Udara Secara Kawalan Jauh Lebih 3,380 Km Dari Kapal Pengangkut
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY