Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

realme Adalah Telefon Pertama Hadir Dengan Cip Dimensity 810

Posted on Ogos 30, 2021

Sekiranya anda terlupa, beberapa minggu yang lalu, MediaTek telah memperkenalkan cip pemproses 6nm Dimensity 810 yang mana pengganti kepada Dimensity 800.

Nampaknya, realme adalah jenama pertama yang bakal hadir dengan cip pemproses tersebut. Walaupun mereka tidak mendedahkan telefon baharu yang menggunakannya, spekulasi mengatakan realme 8s akan dijana Dimensity 810.

Another First has been added to the long list of #realme!

Our latest Smartphone will be featuring the World's First @MediaTekIndia Dimensity 810 5G Processor for an epic performance.

Stay Tuned! pic.twitter.com/fFu7VZia5F

— realme (@realmeIndia) August 30, 2021

Peranti itu juga mungkin menampilkan skrin 6.5 inci dengan kadar segar semula 90Hz bersama kamera utama 64MP dan bateri 5000mAh.

Buat makluman, Dimensity 810 menerima peningkatan prestasi sedikit baik berbanding Dimensity 800. Ia mempunyai kelajuan CPU hingga 2.4GHz, sokongan resolusi 2520×1080 bersama kadar penyegaran 120Hz dan GPU Mali-G57.

Sumber: gsmarena

Baca juga:

  • realme Pad Mungkin Tablet Mampu Milik, Dilapor Guna Cip Helio G80
  • Lihat 7 Perkara Ini Sebelum Beli Laptop Untuk WFH
  • Pengguna Siri realme 8 Dah Boleh ‘Download’ RAM
  • Tiada Narzo 40, realme Bakal Perkenal Siri Narzo 50A

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress