Sebelum membeli laptop baru, kita perlu melihat beberapa perkara. Contoh seperti sistem operasi yang sesuai, konfigurasi memori, kapasiti bateri, rekaan, harga, sama ada sajak atau tidak dengan gaya penggunaan kita.
Banyak pilihan yang berada dipasaran ketika ini dan memandangkan ramai daripada kita masih lagi bekerja daripada rumah, pastinya mahukan yang terbaik saat melakukan tugasan.
Untuk itu, mari kita lihat satu persatu, apa yang perlu lihat sebelum membeli sesebuah laptop.
1. Lihat pada sistem operasi yang dijalankan
Kalau cerita tentang sistem operasi laptop, kita ada beberapa pilihan. Paling popular sejak sekian lama pastinya Windows, diikuti oleh MacOS serta ChromeOS. Ketiga-tiga ini biasa kita lihat untuk pasaran laptop.
Mudah untuk buat pilihan untuk bahagian ini tetapi mungkin sukar untuk sesetengah pengguna. Ambil contoh anda menggunakan iPhone, mungkin berhajat untuk masuk ke dalam ekosistem Apple.
Tetapi syarikat anda menggunakan perisian khusus yang hanya boleh dijalankan pada Windows. Ini pasti mendatangkan masalah kepada anda kelak. Duit sudah dibelanjakan, tetapi kerja masih tidak berjalan. Pastikan perisian yang biasa anda gunakan untuk lakukan tugasan disokong mana-mana platform yang anda pilih.
Windows 11 – Iterasi terbaharu dari Microsoft yang dilancarkan penghujung Jun yang lepas. Antara yang menarik ditawarkan untuk versi kali ini adalah seperti rekaan ikon lebih kemas, susun atur tetingkap untuk mudahkan pelbagai tugasan, sokongan kepada aplikasi Android dan banyak lagi.
MacOS – Jika anda memilih macOS, ketika ini laptop daripada Apple digerakkan oleh sistem macOS Big Sur yang pertama kali ditawarkan sekitar November 2020 lalu. Sistem operasi baharu, macOS Monterey sudah diumumkan, tetapi masih belum dilepaskan kepada pengguna lagi.
Mudah kata, dari keseluruhan ia menawarkan fungsi hampir sama seperti Windows, tetapi antara mukanya berbeza seperti dok menu dan lain-lain. Selain itu, jika dibandingkan antara pembantu digital Cortana (Windows) dan Siri (macOS), fungsi Apple dilihat lebih boleh diharap.
ChromeOS – Kebanyakan daripada kita mungkin kurang biasa mendengar sistem operasi ini. Ia dijalankan pada ChromeBook dimana sistem operasi dari Google ini lebih ringkas tetapi terhad fungsinya. Tidak seperti Windows dan macOS.
Antara mukanya mirip seperti Windows, tetapi aplikasi utama yang anda akan gunakan adalah pelayar Chrome. Kekurangan bagi sistem ini adalah kebanyakan aplikasi web yang digunakan tetapi berfungsi dengan baik tanpa sambungan internet. Tetapi melalui Chromebook baru, ia dapat menjalankan aplikasi Android.
Ada beberapa lagi perkara yang perlu dilihat tetapi secara ringkasnya, pilih sistem operasi yang bertepatan dengan gaya penggunaan dan keperluan anda.
2. Lihat pada rekaan
Anda mesti pernah melihat laptop juga berfungsi sebagai tablet. Lebih mudah kita sebut sebagai 2-dalam-1. Rekaan sebegini sememangnya menarik tetapi tidak praktikal untuk sesetengah pengguna.
Ada juga yang ghairah membeli jenis ini, namun tidak lama selepas itu rasa tidak sesuai dengan gaya penggunaan. Fikir semula, adakah anda sekadar teruja melihat komputer yang boleh dilipat menjadi tablet atau anda benar-benar perlukannya?
3. Lihat pada saiz skrin dan berat
Pelbagai saiz skrin yang boleh kita pilih. Anda mungkin terarah memilih komputer bersaiz kompak kerana memikirkan ia kecil dan mudah dibawa.
Namun, setelah menggunakannya untuk tugasan terasa saiz skrin terlalu kecil untuk memuatkan setiap kandungan. Ada pula yang terasa terlalu berat untuk diusung ke sana ke mari.
Kebiasaannya ukuran paparan datang dengan berat seperti;
11 – 12 inci – Paling nipis dan ringan dengan berat sekitar 1.1kg hingga 1.6kg.
13- 14 inci – Bagi keseimbangan dari segi mudah dibawa dan kebolehgunaan. Berat boleh cecah sehingga 1.8kg, tetapi dipasaran ada yang jauh lebih ringan, sekitar 1.3kg.
15 – 16 inci – Antara saiz yang popular dengan berat biasanya mencecah 1.8kg hingga 2.5kg. Kebiasaanya hadir untuk pasaran gaming dan pengkarya dengan spesifikasi lebih ‘berat’.
17 – 18 inci – Walaupun dipanggil sebagai komputer riba, saiz sebesar ini lebih sesuai duduknya diatas meja. Berikan anda lebih kepuasan untuk melihat kandungan paparan.
4. Lihat pada papan kekunci
Salah satu bahagian yang ramai terlepas pandang. Ada susun atur papan kekunci yang membuatkan anda tidak selesa untuk menaip dalam tempoh masa yang panjang.
Ditambah pula dengan kedudukan pad sesentuh yang mungkin mengakibatkan cursor ‘melayang-layang’ sewaktu menaip. Sebahagian daripada kita mungkin pernah mengalaminya.
Pastikan juga, papan kekunci mempunyai fungsi backlit, tiadalah nanti anda teraba-raba mencari butang jika menggunakan laptop di kawasan gelap.
5. Lihat pada spesifikasi
Spesifikasi laptop kadangkala membuatkan kita pening. Hadir dengan nombor-nombor yang terasa asing untuk pandangan mata.
Ambil contoh seperti CPU, pelbagai tawaran berada dipasaran ketika ini dan yang paling terkini yang boleh dibeli adalah Intel generasi ke-11. Antara versi yang boleh dipilih seperti i3-1115G4 dan i5-1135G7 sudah memadai untuk membantu anda menyiapkan tugasan-tugasan pejabat.
Memori RAM pula untuk penggunaan lebih ideal, ambillah sekurang-kurangnya RAM 8GB dan keatas. Sementara itu, bagi storan dalaman, pilih yang mempunyai jenis SSD. Anda pasti akan terasa perbezaan kelajuan akses storan berbanding HDD yang biasa anda gunakan sebelum ini.
Bagi memahami paparan dengan secara mudah, lebih tinggi piksel, lebih banyak kandungan yang boleh dimuatkan dalam skrin dan kelihatan lebih tajam. Resolusi terbaik, sekurang-kuranganya 1920 x 1080p atau FHD. Tinggi daripada itu, sudah tentu lebih puas untuk ditatap sepanjang hari.
Namun apa yang lebih penting untuk kawasan skrin adalah kualiti paparan. Panel jenis IPS datang dengan pelbagai julat sokongan warna dan kecerahan. Secara mudahnya, cari yang menyokong gamut warna sRGB 100% dan kecerahan lebih dari 300 nits.
Boleh juga pertimbangkan paparan dari jenis OLED tetapi kebiasaannya, laptop dengan ciri ini menjangkau harga RM5,000-RM6,000.
Tidak lupa juga kepada pemproses grafik, jika anda tidak bermain permainan video, menyunting video resolusi tinggi, mereka bentuk objek 3D, tidak perlu habiskan wang untuk spesifikasi GPU yang tertinggi.
Pemproses grafik yang diintegrasi sudah mencukupi, seperti contoh Intel Iris Xe.
6. Lihat pada bateri
Jika anda beli laptop yang berkuasa tinggi, besar saiz dan beratnya, tidak perlu khuatir dengan tempoh masa bateri bertahan.
Namun, jika anda bercadang untuk mengusung laptop itu kehulu-kehilir, sekurang-kurangnya carilah yang mampu bertahan 7-8 jam bagi satu pengecasan penuh.
7. Lihat pada realme book
Bagi anda yang berjaya menghabiskan bacaan sehingga poin ini, anda boleh pertimbangkan untuk lihat pada realme book, laptop pertama keluaran syarikat yang semakin meningkat popular ini.
Kalau berdasarkan poin-poin yang sudah kita ceritakan diatas, realme Book dilihat hadir dengan spesifikasi yang cukup untuk membantu anda menyelesaikan tugasan, lebih-lebih lagi ketika mana ramai yang masih lagi bekerja dari rumah (WFH).
Paparan – Laptop ini hadir dengan skrin paparan 14 inci IPS beresolusi 2K (2160x1440p) turut menyokong gamut warna sRGB 100%. Ia menyediakan kecerahan sehingga 400nits dan menawarkan paparan lebih luas, iaitu bernisbah 3:2 dengan nisbah skrin-ke-badan 90%. Cukup luas untuk melihat setiap kandungan yang dipaparkan pada skrin, sama ada dokumen, menonton video.
Spesifikasi – ‘Otak’ laptop ini pula menggunakan cip generasi ke-11 Intel iaitu pilihan antara i3-1115G4 dan i5-1135G7 yang mana masing-masing hadir dengan integrasi Intel UHD Graphics (i3) dan Iris Xe Graphics (i5).
Walaupun menggunakan pemproses grafik yang diintegrasi, ia sudah cukup berkemampuan untuk menjalankan permainan video popular seperti League of Legends.
Berat dan rekaan – cukup sesuai untuk dibawa keluar mahupun untuk penggunaan di rumah. Hanya berketebalan 14.9mm dengan berat 1.38kg, ia tidak memakan ruang yang besar didalam beg atau meja anda.
Sistem penyejukan – Selain itu, bagi memastikan laptop ini sentiasa berada pada suhu optimum dan tidak mengganggu prestasi, realme melengkapkan sistem penyejukan dwi kipas, Dual-Fan Storm.
Sistem ini akan mengeluarkan haba di kiri dan kanan, bagi memastikan penggunaan anda lancar tanpa sebarang gangguan pemanasan,walaupun untuk tempoh panjang.
Memori – Terdapat dua pilihan memori yang boleh dipilih pada bahagian RAM iaitu 8GB sehingga 16GB. Storan dalaman pula menggunakan jenis SSD dengan tawaran sehingga 512GB, cukup besar untuk memuatkan setiap fail dan khazanah digital anda. Konfigurasi memori mengikut tawaran adalah seperti berikut; Intel i3+RAM 8GB+256GB, Intel i5+RAM 8GB+512GB, dan Intel i5+RAM 16GB+512GB.
Audio – realme Book turut dilengkapi dengan sistem dwi pembesar suara dari Harman yang menyokong audio DTS. Melaluinya, anda boleh merasai pengalaman audio lebih jelas, mendalam sama ada ketika mendengar muzik, menonton video, ataupun bermain permainan video.
Bateri – realme menyatakan laptop pertama mereka ini mampu bertahan sehingga 11 jam untuk tonton video 1080p. Bagi simulasi penggunaan harian seperti melaksanakan tugasan pejabat, tempoh sekitar 8 jam setengah boleh diperolehi.
Selain daripada itu, ia turut menyokong pengecasan pantas 65W. Untuh bateri 54Wh ini, ia hanya ambil masa sekitar 30 minit untuk isian 50%.
Dalam masa yang sama, pengecas ini juga boleh digunakan pada telefon pintar yang menyokong pengecasan pantas 30W Dart Charge. Tiada keperluan untuk membawa dua pengecas ketika berada di luar rumah.
Ciri-ciri lain – Antara fungsi dan ciri lain yang boleh didapati pada laptop ini adalah seperti Windows 10 yang boleh dinaik taraf kepada Windows 11, PC Connect, pengimbas cap jari pada butang kuasa, kamera web 720p, papan kekunci dengan tiga tahap cahaya backlit, pad sesentuh yang luas, sokongan dwi frekuensi WiFi (2.4GHz & 5.0GHz) serta WiFi 6 (i5).
Model yang ditawarkan di Malaysia
Buat masa sekarang, terdapat dua variasi model untuk pasaran tempatan iaitu Intel i3+RAM 8GB+256GB dan Intel i5+RAM 8GB+512GB. Sementara itu, variasi Intel i5+RAM 16GB+512GB dikatakan bakal menyusul tidak lama lagi.
Anda boleh pilih dua variasi dimana ia disesuaikan mengikut bajet dan keperluan dengan sedikit perbezaan seperti berikut.
Lain-lain spesifikasi adalah sama dimana untuk bacaan lanjut anda boleh lawati laman rasmi realme Malaysia.
Harga lebih murah pada jualan pertama
Bagi yang berminat untuk memiliki salah satu model, realme Book bakal dijual bermula 27 Ogos ini. Berita baik dimana model i3 akan dijual lebih murah dari harga asal iaitu RM2,499 pada 27 Ogos dan ditawarkan secara eksklusif hanya di Shopee (klik untuk beli).
Selain itu, bagi pembelian model i5 dari SenHeng, Courts atau kedai diiktiraf realme, anda akan menerima bag laptop dan tetikus tanpa wayar secara percuma hanya pada tarikh yang sama juga. Sementara stok masih ada.
Tambah menarik, realme turut menawarkan jaminan waranti selama dua tahun untuk pembelian laptop pertama mereka ini. Tunggu apa lagi? Boleh add to cart realme Book sekarang.
*Advertorial ini dibawakan oleh realme Malaysia