Secara keseluruhannya, ia mempunyai seakan sama dengan model realme 5 sebelum ini. Namun, terdapat beberapa perbezaan utama yang mewajarkannya sebagai sebuah kemaskini untuk peranti realme 5.
Bermula dari paparan, ia menggunakan skrin bersaiz 6.5 inci LCD pada resolusi HD+ sahaja yang dilindungi oleh Gorilla Glass 3. Peranti ini dijana oleh cip Snapdragon 665. Untuk pasaran Malaysia, hanya ada 1 versi sahaja iaitu varian 4GB RAM dan 128GB storan dalaman.
Untuk kamera, terdapat takuk kecil di bahagian hadapan yang memuatkan lensa 13MP (f/2.0). Kamera belakang pula terdapat empat kamera dengan 48MP utama (f/1.8) + 8MP sudut ultralebar (f/2.2) + 2MP makro (f2/4) + 2MP depth (f/2.4).
Bateri berkapasiti 5,000mAh dimuatkan dalam peranti ini namun hanya mampu mengecas menggunakan pengecasan 10W sahaja. Selain itu, terdapat juga pengimbas cap jari yang diletakkan pada bahagian belakang peranti.
Hanya sedikit sahaja perbezaan dengan Realme 5 iaitu:
- Kamera utama 48MP
- RAM bermula 4GB
- Storan dalaman bermula 128GB
realme 5S dijual pada harga RM799 untuk model 4GB/128GB bermula 14 Disember ini dalam pilihan warna Crystal Blue dan Crystal Red.Dengan pembelian tersebut, pembeli layak untuk mendapat 5 kerangka peranti realme 5S dengan 5 warna yang berbeza.
Harga tersebut adalah sama dengan model realme 5 paling berkuasa sebelum ini. Spesifikasi hanya sama dengan perbezaan utama 48MP. Jika anda mahukan kamera lebih hebat realme 5 namun bajet masih lagi terkawal, realme 5S adalah peranti yang dicari-cari.
Berkaitan
- HONOR MagicWatch 2 Dibawa Masuk Malaysia Pada Harga RM699
- OPPO A93 Dipasarkan Di Malaysia Pada RM1,299 - Telefon Fokus Fotografi Dengan 6 Jumlah Lensa Kamera
- HONOR Malaysia Umum Harga Jualan Baharu Peranti Bermula 1 Mei 2020
- Ini Perbandingan Antara realme C11, realme C12, Dan realme C3
- realme 5i Dilancarkan Di Malaysia - Peranti Kelas Pertengahan Bajet Dengan Harga RM599
- Harga Konsol Sony PS5 Diumumkan Bermula $399, Bakal Tiba Di Malaysia November Ini
- realme Buds Classic Diperkenalkan - Fon Telinga Berwayar Berharga Sekitar RM22
- Siri Redmi Note 11 Untuk Pasaran Malaysia Akan Tiba 10 Februari
- CAAM Ingatkan Permit Diperlukan Jika Mahu Terbangkan Dron, Tertakluk Kepada Semua Pengguna Di Malaysia
- OPPO Watch Kini Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM899