Realme 5S Dilancarkan Di India - Snapdragon 665, Kamera 48MP, Bateri 5000mAh

Setelah beberapa minggu maklumat dan imej mengenai peranti ini didedahkan, akhirnya Realme 5S selamat dilancarkan di India. Secara keseluruhannya ia membawakan spesifikasi sama dengan model Realme 5 yang dilancarkan beberapa bulan dahulu. Namun, terdapat beberapa perbezaan utama di antaranya.

Untuk Realme 5S, ia menggunakan kamera utama bersaiz 48MP, yang merupakan peningkatan kepada 12MP pada Realme 5. 3 kamera belakang tambahan adalah sama sahaja dengan ultralebar 8MP, lensa makro 2MP dan depth 2MP.

Image

Skrin peranti bersaiz 6.5 inci dengan resolusi HD+, dijana cip pemprosesan Snapdragon 665 serta bateri 5,000mAh.

Image

Antara penambahan baharu untuk model ini adalah peningkatan storan dalaman bermula 64GB sehingga 128GB dengan padanan 4GB RAM. Terdapat juga pilihan warna baharu Crystal Red bersama-sama dengan penawaran model terkini ini.

Realme 5S dijual di India pada harga INR9,999 (~RM579) untuk varian 4GB/64GB serta INR10,999 (~RM637) untuk varian 6GB/128GB.

 

Berkaitan