
Buat julung-julung kalinya, Realme mempertaruhkan tetapan kuad kamera pada keluaran mereka dan ia dimuatkan dengan beberapa ciri yang mungkin menjadi perhatian pembeli pasaran kelas pertengahan di dalam negara.

Diperkenalkan sebagai versi Pro, model ini dimuatkan dengan cip Snapdragon 712 dan hanya gandingan memori RAM 8GB/128GB ditawarkan pembeli Malaysia. Bagi sistem kuad kamera, ia disediakan dengan lensa 48MP+8MP+2MP+2MP sementara rakaman hadapan ditugaskan kepada kamera 16MP.

Memaparkan kandungan adalah skrin bersaiz 6.3 inci dengan resolusi FHD+ dan ia dijana dengan bateri 4035mAh bersama-sama pengecasan pantas VOOC 3.0 20W. Terdapat dua pilihan warna bagi Realme 5 Pro iaitu Sparkling Blue dan Crystal Green. Harga jualan ditetapkan pada nilai RM1099.
Sebuah lagi model, Realme 5 turut tampil dengan kuad kamera tetapi berbeza pada lensa utama yang hanya menggunakan sensor 12MP sementara kamera hadapan 13MP. Panel hadapan pula dipasang dengan skrin 6.5 inci HD+ dan ia menggunapakai cip pemprosesan Snapdragon 665.

Konfigurasi memori pula ditawarkan dengan dua pilihan iaitu RAM 3GB/64GB serta RAM 4GB/128GB yang mana masing-masing akan dipasarkan pada nilai RM599 dan RM799.
Turut sama diperlengkapkan pada Realme 5 adalah bateri berkapasiti 5000mAh tetapi tidak didatangkan dengan pengecasan pantas (10W). Turut menyajikan dua pilihan warna iaitu Crystal Blue dan Crystal Purple.
Kedua-dua model akan mula dijual pada 10 Oktober 2019 (Realme 5 Pro) serta 17 Oktober (Realme 5) dan pra-tempahan sudah boleh dibuat hari ini sehingga 11 Oktober. Untuk makluman, ia akan dijual secara eksklusif pada laman beli-belah dalam talian, Lazada.
Berkaitan
- Isu Tipu Ujian Tanda Aras, Honor Malaysia Keluarkan Kenyataan
- Cara Pasang GCam Pada Asus Zenfone Max Pro M2
- Pengguna Malaysia Sudah Boleh Mengakses Google Store
- GIGABYTE Bawa Masuk Laptop Aero 15 Classic Dan Aorus Untuk Pasaran Malaysia
- Apple Kemaskini Harga Jualan IPhone Di Pasaran Malaysia.
- iOS 11 Sudah Terpasang Pada 65% Peranti Apple
- DJI Spark Mungkin Hadir Di Malaysia Bulan Hadapan - Dron Yang Dikawal Menggunakan Isyarat Tangan
- Siri OPPO Reno3 Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula Dari RM1699
- Google Malaysia: Syarikat Telco Malaysia Perlu Sediakan Informasi Yang Mudah Difahami Pengguna
- Asus ZenFone 5Z Sudah Kelihatan Di Lazada, Harga Bawah RM 2000