Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Razorpay Curlec and Apple Pay

Razorpay Curlec Sokong Apple Pay Di Malaysia, Mudahkan Pembayaran ‘Online’ Satu Sentuhan

Diterbitkan Mac 4, 2026 oleh Amsyar Latif

Razorpay Curlec mengumumkan integrasi sokongan Apple Pay bagi membantu perniagaan di Malaysia menawarkan pengalaman pembayaran dalam talian yang lebih pantas dan lancar kepada pelanggan.

Langkah ini hadir ketika ekonomi digital Malaysia terus berkembang, namun proses pembayaran kad dalam talian masih menjadi cabaran utama kepada peniaga. Data industri menunjukkan kadar pengabaian troli (cart abandonment)mencecah 70.19% pada 2025, meningkat berbanding 69.99% pada 2022, sekali gus menunjukkan proses checkout yang kompleks masih menjejaskan kadar transaksi berjaya.

Dengan integrasi Apple Pay, peniaga yang menggunakan platform Razorpay Curlec kini boleh menerima pembayaran melalui iPhone, iPad, Mac dan Apple Watch. Pengguna hanya perlu mengesahkan transaksi menggunakan Face ID atau Touch ID, sekali gus menggantikan proses pembayaran kad yang biasanya melibatkan beberapa langkah.

Melalui integrasi ini, perniagaan di Malaysia juga dapat menerima pembayaran tempatan dan antarabangsa melalui Visa dan Mastercard yang telah ditambah ke dalam Apple Wallet.

Perkhidmatan ini disokong oleh beberapa bank utama di Malaysia termasuk AmBank, Hong Leong Bank, HSBC, Maybank, RHB Bank Berhad, Standard Chartered Bank serta Wise Payments Malaysia.

Razorpay Curlec menyasarkan integrasi ini dapat membantu mempercepatkan peralihan ke arah ekonomi tanpa tunai dengan menyediakan pengalaman pembayaran yang lebih mudah, selamat dan pantas kepada pengguna

Berkaitan

  • Ini Senarai Kad Kredit/Debit Yang Sokong Google Pay Dan Apple Pay Di Malaysia
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • 1.7 Juta Rakyat Malaysia Muat Turun Aplikasi 'Volunteer Smartphone Patrol'

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY